Anak Kecil: Bahaya Duduk Dengan Posisi W (Kaki Lipat Ke Belakang)

Mengapa anak kecil dikatakan bahaya duduk dengan posisi W (Kaki Lipat Ke Belakang)? Bagi anda yang mempunyai atau tinggal di rumah yang ada anak-anak kecil, anda mungkin perasan bahawa mereka agak suka untuk duduk dengan keadaan kaki mereka lipat ke belakang (seperti huruf W). Cara duduk seperti ini sebenarnya dianggap agak biasa bagi anak-anak yang baru membesar bawah dua tahun kerana memberi keselesaan kepada mereka.KENAPA ANAK KECIL BAHAYA DUDUK DENGAN POSISI W KAKI LIPAT KE BELAKANG

Walaubagaimanapun, jika mereka berterusan duduk dengan cara sedemikian semasa membesar maka ia boleh mendatangkan kesan negatif terhadap proses pembesaran mereka terutama perkembangan pergerakan mereka.

Kenapa Dan Apa Sebab Bahaya Duduk Dengan Posisi W  Pada Anak?
Posisi duduk dengan kaki lipat ke belakang ini akan memberi lebih tekanan bawah tubuh anak kecil yang boleh menjejaskan perkembangan kekuatan ototnya dan juga kemahiran berjalan, melompat atau berlari. Posisi duduk yang memberi keselesaan kepada anak ini menyebabkan otot bahagian atas badan mereka tidak banyak bergerak dan berfungsi. Anak kecil yang duduk dalam posisi W ini juga sebenarnya menggunakan bahagian bawah tubuhnya untuk sokongan kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot ketika melakaukan sesuatu dalam posisi ini.

Selain itu antara masalah yang boleh berlaku jika kerap duduk dengan kali lipat kebelakang ini:

  • Melambatkan tempoh masa untuk anak berjalan sendiri
  • Masalah hips dislocation disebabkan otot kaki, pinggul dan buku lali yang ketat
  • Anak kerap hilang keseimbangan badan ketika berjalan atau berdiri
  • Memberi masalah untuk duduk di kerusi yang tiada handle

Oleh itu, jika anda melihat anak sering duduk dalam posisi W ini, boleh aturkan atau minta dia ubah cara duduk seperti bersila sebelum duduk dalam posisi W ini menjadi kebiasaan mereka supaya perkembangan mereka lebih positif.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com