Pernahkan anda berfikir apa yang akan terjadi andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya di sebalik perangai, sikap dan kelakuan perempuan. Sikap perempuan memang sangat unik dan sukar untuk diduga dan kadangkala perlakuannya bertentangan dengan perasaan hatinya. Setiap perkara yang dilakukan oleh perempuan tidak semestinya menggambarkan siapa dirinya yang sebenar dan cuma mereka dan orang yang rapat dengan mereka sahaja yang faham akan hati dan perasaan mereka. Perempuan mesti pernah merasakan keadaan dimana mereka terfikir alangkah bagusnya andai lelaki tahu akan benda ini.
Di bawah ini ialah beberapa perkara yang pasti lebih menarik andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya disebalik setiap kelakukan mereka.Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan cemburu dan seperti tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang dan tidak mempercayai anda, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuan seorang perempuan adalah sangat kuat. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan jarang mengungkapkan ‘I Love U’, itu tidak bermaksud dia tidak lagi mencintai tetapi dia inginkan lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir cuma dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa dan gerak-gerinya.
Andai lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya tetapi lelaki itu adalah segala-galanya dalam hatinya.
Andai lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu yang dicintainya sepenuh hati.
Andai lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Seperti juga pasangan yang baru bercinta, mereka jarang-jarang bergaduh. Tetapi percayalah apabila sudah lama bercinta dan perasaan sayang kepada seseorang semakin bertambah, maka secara automatik banyak pertelingkahan dan pertengkaran yang berlaku.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan bercakap banyak dan bercerita tidak berhenti-henti, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas dan bosan, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya, mungkin mereka akan lebih menghargai dan menyayangi mereka.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan merajuk, janganlah kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah banyak-banyak dan mahal, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa diri mereka dihargai.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan mengatakan bahawa dia rindu sama kamu, miss u sangat-sangat, dia benar-benar maksudkannya. Kalau lelaki tahu, apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata dan satu ketika ar mata kerinduan akan mengalir tanpa disedari.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak menerima anda seadanya, tetapi tujuannya adalah dia mahu menjadikan anda lebih baik lagi, bukan untuk dirinya, tetapi untuk anda dan juga masa depan anda.
Andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya,
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. – kakipromo.com
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata ‘Tolong Tinggalkan Saya’ atau ‘Leave Me Alone’, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia cuma mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan pergi mencari anda semula. Dan jika dia cari anda, itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan dan adakaalnya bersikap terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan yang berlaku pada diri anda.
Andai lelaki tahu,
Sememangnya lelaki dan perempuan dicipta dan wujud di dunia inidengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Sekiranya lelaki tahu, Perempuan itu diciptakan dengan indah dan unik sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, sebenarnya hati perempuan itu sangat lembut. Jika kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar keputusan dan fikirannya dalam masa yang singkat mahupun sesaat.
Walaupun secara dasarnya, kaum perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong dan memberi galakan kepada anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah juga yang bakal menjadi isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda di kemudian hari. Andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya, mesti hubungan antara pasangan lelaki dan perempuan akan menjadi lebih baik lagi.
masih banyak rahsia perempuan yang kita tidak tahu..
hehe
waahhh..hebat kata2..terharu!;-)
perempuan minta difahami walaupun pada hakikatnya dia sendiri tidak faham akan dirinya.
Andanya lelaki tahu.. semua perempuan x sama antara satu sama lain..ia x akan diperbodohkan
Sebab ramai perempuan minta difahami walaupun pada hakikatnya dia sendiri tidak faham akan dirinya dan x mampu jadi diri sendiri.
memang lelaki x pna fahammm…..im so saddd……
Andai lelaki tahu perempuan tu sayang hanya kerana harta benda, materialistic.
Andai lelaki th rmai sgt prmpuan yg brtopeng kan wanita d luar sana yg curang…..
perempuan sbnrnya cuma mahu llki yg jujur,hati perempuan kuat,bla dia syg dia akn syg 200% hehehe…wlupn llki crg,sbb syg dia akn ubt hati dia sndri utk pcya psgn dia smula..cuma mahu d fahami,tp llki la yg xtau mghargai perempuan..
Andai lelaki tahu perempuan skg banyak memandang harta kekayan..!! Buruk mana muka sekali pun.. klau banyak duit, tetap d pilih.. bukan mengata tp kenyataan..
Skap/ego seorang prmpuan bukan sja2 nk d tonjolkan tp tkot d permainkan that y sllu kata2 prmpuan xsma gn perbuatan dia.
Wanita juga perlu tahu x semua lelaki dapat membaca hati & perasaannya samada tersurat mahupun yg tersirat…
hrp keputusan utk putuskn hbgn semetara sbb perempuAn nk lelaki berubah dan perempuan nk fokus kerjya betul.andai perempuan tahu.lelaki ni ramai yg straigh to point.maksud terus terang shj kalau dah xsuka..sng lelaki utk move drpd jnji tp sebenarnya mmg tak ada apa lg
Andai lelaki tau sayang pempuan adalah tulus ikhlas bila hati di serah pada seseorang tp bila perasaan tu hilang semuanya punah lebur hancur dan andaikata mereka perlukan kembali take time or maybe just ignore
Tuhan sahaja faham perasaan perempuan….. bukan lelaki…sbb lelaki bukan tuhan yg fhm perasaan manusia…..
Macam mana nak baikkan hubungan yang sedang bergaduh tentang “mengungkit kisah perempuan tersebut”
bagi aku la…nk jadi kan satu2 hubungan tu ok, takyah faham pompuan tu camana > give n take la, husband bley terima wife tu camana n wife pon kena trima husband tu camna…vice versa…..tapi kalo ada istilah curang, tk kira samada wife atau husband yg kantoi..percayalah…susah nak pulih dan pada aku klo pulih pon mmg x 100%… senang cakap…klo btui2 x leh lupa jgn teruskan hubungan – baik hidup sendiri2 n became friend to each other. At least x terasa terikat dgn org yg toreh n tinggalkan parut kat hati tu…..klo ada anak2, bela diaorang elok2 – try to raise them together even dah tk suami isteri…(daripada nk murung n gaduh depan anak2 all the time) pendapat saya laa
*So sad.. kadang dorang curang pun tak tahu n xpaham npe boleh terjadi ehh? pd aku , depend pd seseorang tu je. baik buruk pk lah sendiri dah besar
tak semua perempuan curang sbb lelaki tidak memahami sbb tuh lar dia curang gn kmu….
seandainya lelaki tahu perangai wanita