Apa Benda Wajib Dibawa Sebelum Naik Kapal Terbang?

Jika anda baru pertama kali ingin menggunakan kapal terbang atau jarang naik kapal terbang, anda mungkin tertanya-tanya apa benda wajib dibawa sebelum naik kapal terbang dan apa yang perlu dilakukan.

Pertama sekali, katakanlah anda ingin melancong, anda perlulah membeli tiket ke destinasi pilihan anda terlebih dahulu. Jangan tunggu sampai esok nak pergi, esok juga beli tiket! Kalau anda buat begitu, anda memang berkemungkinan besar tidak dapat naik flight pada masa pilihan anda dan semua perancangan anda tergendala.

Apa Benda Wajib Dibawa Sebelum Naik Kapal Terbang?

Anda tetapkan dulu tarikh perjalanan anda, dan kemudian anda boleh beli tiket flight ke destinasi pilihan anda. Beli tiket awal juga boleh save duit anda sebab beli tiket kapal terbang lebih murah kalau beli awal. [Penting: Sila ingat nombor booking tiket anda untuk check-in dan mengambil boarding pass nanti!]

Apa benda wajib dibawa sebelum naik kapal terbang ?

  • Kad Pengenalan, MyKad atat MyKid
    Sijil beranak (jika tiada kad pengenalan)
    Boarding Pass (Jika anda check in awal di rumah atau anda boleh print di kaunter airport)
  • Passport (jika pergi ke luar negara atau tempat anda pergi perlu gunakan passport)

Anda kena pastikan anda sampai ke airport sekurang-kurangnya 2,3 jam lebih awal, lagi awal-lagi bagus, lebih-lebih lagi kalau anda membawa bagasi bersama untuk diletakan di kargo. Ini kerana anda perlu check in terlebih dahulu di kaunter.

Anda juga boleh check in dan print boarding pass beberapa hari lebih awal menggunakan internet di rumah, contohnya kalau anda menggunakan flight AirAsia, anda boleh check in di lama web AirAsia Web Check-In dan print (boarding pass) untuk dibawa. Kalau anda sudah check in awal di rumah, anda tidak perlu ke kaunter check in di Airport, anda cuma perlu terus pergi ke balai berlepas (departure) dengan membawa sekali salinan boarding pass anda. Sila ikut masa boarding time yang tertulis dalam slip tersebut supaya anda tidak terlewat. Di bawah ialah contoh salah satu contoh boarding pass.

Apa Benda Wajib Dibawa Sebelum Naik Kapal Terbang? Boarding Pass

Jika anda membawa beg bagasi, anda WAJIB check in bagasi anda di kaunter airport. Di kaunter, anda perlu kemukakan IC dan boarding pass anda kepada penjaga kaunter. Perlu ingat bahawa penumpang hanya boleh membawa beg 7kg ke bawah sahaja ke dalam kabin.

Beg yang anda bawa bersama ke dalam kabin (bukan beg bagasi) perlu diSCAN melalui mesin scan.
Anda juga perlu OFF kan semua peralatan electronik anda seperti smartphone, tablet, laptop dan lain-lain sebelum di SCAN. Bagi lelaki, anda perlu menanggalkan tali pinggang sebelum melalui mesin imbas.

Seterusnya anda sudah boleh pergi ke GATE di mana anda akan menaiki kapal terbang. Anda boleh rujuk balik boarding pass anda kalau anda tidak tahu atau tidak ingat Gate mana anda harus pergi.

Last sekali, anda cuma perlu menunggu masa penumpang dibenarkan naik ke pesawat dan duduklah mengikut seat seperti yang tercatat di boarding pass anda.

Secara kasar, mungkin dalam 20-30 minit diperlukan untuk anda settlekan semua yang perlu dilakukan sehingga anda menuju ke gate untuk masuk ke pesawat. Kalau tidak ramai orang, sekejap saja boleh settle.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com