Apa itu CDN dan Kelebihan CDN Kepada Blog Website

Apa itu CDN dan kelebihan CDN kepada blog atau website anda? CDN adalan singkatan kepada Content Delivery Network. Antara definisi CDN ialah adalah satu sistem komputer yang saling berkait atau berhubung di internet. CDN mengandungi pelbagai data contohnya gambar, video, audio atau isi blog/website yang telah disimpan di rangkaian komputer.

A content delivery network or content distribution network (CDN) is a large distributed system of servers deployed in multiple data centers across the Internet. The goal of a CDN is to serve content to end-users with high availability and high performance. – Wikipedia

Contohnya kalau server blog anda berpusat di Penang dan ada visitor blog katakanlah rakan anda melayari blog anda dari Kuala Lumpur dengang laptop, maka server CDN yang paling dekat dengan lokasi mereka akan synchronize data blog anda kepada laptop tanpa perlu mengakses ke server asal blog anda di Penang.

CDN menggunakan fungsi cache dan ia mempercepatkan akses kepada data yang disimpan dalam server CDN. Ini sekaligus akan mempercepatkan loading blog/website anda dan visitor blog anda juga lebih senang untuk membaca entry-entry blog anda. Gambar: With CDN and Without CDN.

Apa itu CDN dan Kelebihan CDN Kepada Blog Website

Kelebihan CDN kepada blog/website?

Penggunaan CDN (Content Delivery Network) memang membawa banyak manfaat jika digunakan untuk blog atau website. Antara Kelebihan menggunakan CDN di blog atau website ialah seperti berikut:

  • Mempercepatkan akses ke sesuatu blog/website
  • Loading time yang cepat dan pantas untuk blog
  • Penggunaan bandwidth yang minimum dan sekaligus menjimatkan penggunaan bandwidth blog anda.
  • Memperbaiki SEO blog dengan lebih baik di search engine
  • Membantu blog/website untuk menampung trafik blog yang sang at tinggi dan mengurangkan risiko server down atau server crash yang berpunca daripada trafik yang tinggi.

Jika trafik blog anda sangat tinggi sangat digalakan untuk menggunakan CDN ini. Kalau trafik blog anda rendah pun boleh guna kalau anda mahu. Jika anda berminat untuk menggunakan CDN di blog atau website anda, kos penggunaan CDN bukanlah free dan anda perlu mengeluarkan sedikit belanja untuk meningkatkan lagi pretasi blog atau website anda. Admin harap anda boleh faham serba sedikit mengenai apa itu CDN dan kelebihannya kepada blog atau website.

2 Replies to “Apa itu CDN dan Kelebihan CDN Kepada Blog Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *