Apa Itu Hosting Dan Tips Pemilihan Hosting Terbaik

Adakah anda tahu Apa Itu Hosting Dan Tips Pemilihan Hosting Terbaik? Maksud hosting ialah Hosting merupakan rumah bagi domain. Domain merupakan sebuah alamat bagi sebuah blog atau laman web. Setiap blog perlu mempunyai domain dan hosting untuk beroperasi sama ada domain atau hosting berbayar mahupun domain/hosting yang free.

Saya hanya ada domain tapi tak ada hosting:
Sekiranya anda hanya membeli domain tanpa mempunyai hosting sendiri, anda masih boleh menggunakan hosting percuma dari google iaitu blogspot, anda hanya perlu poinkan domain anda ke blogspot. Tetapi melalui cara ini, anda masih lagi dikira menumpang di google dan blog atau laman web anda bukanlah milik anda sepenuhnya sebab bila-bila masa sahaja pihak google boleh tarik balik akaun anda.

Bagaimana cara mendapatkan hosting sendiri:
Sekarang terdapat ramai syarikat hosting tempatan di Malaysia yang menjual hosting dan domain. Harga bagi sesebuah hosting adalah bergantung kepada kriteria dan pakej yang ditawarkan. Walaubagaimanapun, kriteria yang paling penting pada pendapat aku ialah bandwidth, sekiranya bandwidth blog anda sudah habis, maka anda perlu topup balik bandwidth tersebut atau blog anda tidak dapat diakses sehingga ke bulan seterusnya. Pemilihan hosting yang terbaik adalah sangat penting bagi blog anda, sekiranya hosting tersebut selalu down atau tidak dapat diakses, maka anda telah memilih hosting yang tidak bagus.

Harga Hosting
Jangan mudah terpengaruh dengan syarikat hosting yang menawarkan pakej yang murah lebih-lebih lagi yang menawarkan bandwidth yang unlimited. Kebiasaannya, blog yang memakai pakej murah unlimited ini akan selalu bermasalah seperti loading blog slow atau server  selalu down. Admin nasihatkan lebih baik memilih hosting dari company yang sudah established seperti Serverfreak, Datakl dan Netkl.  [Tips Pemilihan hosting sesuai untuk blog]

Apa itu Hosting Support:
Pastikan semasa membeli hosting, syarikat hosting tersebut mempunyai support setiap masa, maksudnya 24 jam sehari termasuk cuti. Ini sangat penting, sebab sekiranya blog bermasalah, kita boleh merujuk kepada pihak hosting pada bila-bila masa sahaja. Jangan mudah terpedaya dengan syarikat yang menyatakan support yang diberikan ialah 24 jam sehari 24/7 tetapi hakikatnya lain. Langkah paling bijak ialah cuba dulu support mereka dengan menghantar email atau pertanyaan kepada mereka pada masa-masa tertentu seperti pukul 2 pagi, 4 pagi dan masa cuti. Kalau pertanyaan anda dijawab dengan segera kurang dari 30 minit, maka company tersebut boleh dikatakan agak bagus. Ada company yang berhari-hari tunggu baru menjawab pertanyaan kita, lebih teruk lagi ada yang langsung tidak dijawab. Melalui pengalaman aku, antara best web hosting in Malaysia yang memberikan support terbaik 24 jam setiap hari ialah serverfreak, dataklnetkl dan internet-webhosting. Kebiasaannya kurang dari 10 minit mereka sudah balas tiket kita.

Apa itu Hosting Bandwidth: 
What is hosting bandwidth? Sekiranya blog anda mempunyai visitor yang tinggi, maka makin tinggi bandwidth yang anda perlukan. Kalau blog anda masih baru dan mempunyai visitor sekitar 100-500 sehari, biasanya kurang dari 5GB bandwidth yang digunakan jadi anda tidak perlu membazir wang menggunakan pakej yang menawarkan bandwidth yang besar.  Lebih-lebih lagi kalau visitor anda itu majoritinya datang dari blogwalking, hanya sikit sahaja bandwidth yang digunakan. Lagi banyak visitor ke blog anda, lagi banyak bandwidth yang diperlukan.

Kelajuan loading:
Sama ada blog anda loading dengan laju atau tidak bergantung kepada hosting yang anda pilih. Ada hosting yang servernya menyebabkan blog anda loading pelahan dan ada juga yang laju. Hosting Malaysia yang servernya laju yang admin consider laju berbanding yang lain ialah  datakl dan serverfreak bagi kategori shared hosting. Sudah pastilah VPS dan Dedicated server lebih laju dan stabil, tetapi harga memang mahal dan juga hanya berbaloi (dari segi kewangan) untuk blog yang mempunyai trafik paling kurang 6000 uv keatas.

Semoga anda sudah mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai apa itu hosting dan tips memilih hosting terbaik dan sesuai dengan kegunaan anda.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com