Apa Itu Toksin Dan Bahaya Toksin Kepada Tubuh Kita

Tahukah anda apa itu toksin dan bahaya toksin kepada tubuh kita? Toksin merupakan bahan buangan terkumpul yang  tidak diperlukan oleh badan kita dan seterusnya mencemarkan tubuh kita. Antara pencemarannya adalah pencemaran makanan yang berpunca daripada penggunaan bahan kimia secara tidak terkawal dan berleluasa seperti racun perosak, serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian (agriculture).

Akibatnya kesihatan tubuh badan kita anda akan menjadi lebih teruk apabila kita memakan makanan mengambil makanan yang mempunyai kandunganbahan tiruan, bahan pengawet, bahan-bahan tambahan dan lain-lain lagi. Sudah terlalu banyak kes penyakit yang berpunca daripada badan yang mengandungi toksin tinggi yang seterusnya menyebabkan penyakit seperti migrain, kanser, tumor dan sebagainya.Apa Itu Toksin Dan Bahaya Toksin Kepada Tubuh KitaMengikut sistem fisiologi tubuh manusia , apabila seseorang itu jatuh sakit, sistem dalam badannya akan bekerja untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang tubuh kita berfungsi dengan baik. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan kemudiannya dibawa ke banyak bahagian dalaman seperti bahagian organ dan merosakkannya.

Antara penyakit yang kesan dari tindakbalas toksin di dalam darah, adalah seperti :

1) Demam
Demam boleh dianggap proses yang semulajadi badan untuk membersihkan tubuh kita. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme akan menjadi semakin cepat. Akibatnya, kita akan demam.

2) Penyakit Jantung
Toksin juga menyebabkan penyakit jantung terjadi. Toksin yang melekat di dalam darah, akan menjejaskan kelancaran peredaran darah. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat, bagi melancarkan peredaran darah yang melalui saluran yang tersumbat akibat toksin. Ini menyebabkan berlakunya pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran darah yang tersumbat mengakibatkan tekanan darah tinggi.

3) Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi kepada kita apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit tubuh akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat dan sebagainya

4) Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi berkait dapat dengan saluran darah yang tersumbat akibat toksin dan menyebabkan pelancaran darah tidak sekata. Buah pinggang dan sistem endoktrin tubuh akan berusaha untuk membersihkan toksin badan dengan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.

5) Tumor
Lagi bahaya toksin kepada tubuh kita ialah penyebab tumor. Tumor berpunca daripada bahan buangan yang tidak diperlukan tubuh serta bertoksin yang berkumpul di dalam tisu badan kita.

Oleh itu, kita haruslah sentiasa menjaga kesihatan badan kita dan berusaha untuk buat perkara yang boleh hilangkan toksin dalam badan kita dan jangan biarkannya terus terkumpul.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *