Apa itu Walk In Interview Cari Kerja Kosong?

Hello anda semua! Anda tahu Apa itu Walk In Interview Cari Kerja Kosong yang selalu diiklankan?  Ya, anda mesti pernah dengar pasal walk in interview semasa anda cari kerja kosong kerajaan atau pun swasta. Bagi anda yang selalu pergi interview, mungkin term walk in interview ini adalah biasa untuk anda.

Sebenarnya maksud Walk In Interview ialah anda pergi ke sesuatu tempat, katakan Walk In Interview Petronas diiklankan bertempat di Hotel Hatten Square Melaka bagi jawatan technician. Dalam iklan vacancy Petronas tersebut ada detail bahawa syarat untuk memohon ialah memiliki Diploma dalam Mechanical Engineering. Di bawah ialah contoh iklan walk in interview:

Apa itu Walk In Interview Cari Kerja Kosong Hotel

Tujuan utama Walk In Interview adalah biasanya disebabkan banyak vacancy kosong yang perlu diisi dan memerlukan ramai pekerja baru sama ada untuk menggantikan pekerja lama yang berhenti kerja atautun untuk jawatan-jawatan kosong yang baru.

Orang yang layak untuk pergi walk in interview Petronas itu ialah sesiapa sahaja yang mempunyai diploma dalam bidang mechanical dan datang pada waktu yang ditetapkan. Pendek kata, anda tidak perlu mengemukakan permohonan untuk kerja kosong di Petronas bagi jawatan technician tersebut terlebih dahulu. Anda cuma perlu pergi ke tempat interview dan bawa semua keperluan yang diminta dalam iklan tersebut.

Apa yang perlu dibawa ketika Walk In Interview kerja? Apa perlu anda buat?

  • Sila update dan sediakan resume kerja anda untuk walk in interview dengan sebaik yang boleh. Perlu ingat, resume anda akan menggamparkan first impression mengenai anda. Oleh itu sila buat resume kerja dengan sebaik-baiknya dan mengikut format yang bagus. Anda boleh rujuk ke entri ini untuk contoh penulisan resume: Contoh Penulisan Resume Terbaik
  • Sediakan tiga atau empat salinan resume untuk diberi kepada penemuduga anda. Para penemuduga anda mungkin lebih daripada seorang, oleh itu sila sediakan minimum dua salinan kepada pihak penemuduga.
  • Anda mungkin perlu belajar sedikit sebab mungkin ada exam untuk menapis calon, contohnya Walk In Interview Petronas atau Shell biasanya membuat exam dahulu sebelum menemuduga calon.
  • Buat sedikit kajian mengenai company yang anda apply. Contohnya company itu buat produk apa dan sebagainya.
  • Sila berpakaian kemas dan bersesuaian dengan jawatan anda. Orang lelaki sila pakai kemeja panjang dan neck tie. Bagi yang perempuan sila berpakaian formal, kemas dan tidak seksi.
  • Jangan lupa buat persiapan awal untuk sediakan jawapan anda untuk soalan-soalan biasa dalam interview seperti:

Please Introduce Yourself…
What is your strength…
What is your weakness…
What is your expected salary…
Why we should hire you…

  • Last sekali sila datang awal ke tempat interview. Semoga entry ini boleh membantu anda sebab sedikit untuk mengetahui apa itu walk in interview dan boleh membuat persiapan awal dan seterusnya mencerahkan peluang anda untuk mengisi jawatan kosong.

** DAPATKAN FORMULA RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN 2015 DI SINI **

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com