Apa Jenis Wanita Jadi Mangsa Lelaki Hidung Belang?

Pada masa moden ini, kita biasa mendengar atau membaca berita mengenai wanita jadi mangsa lelaki hidung belang di suratkhabar ataupun di media-media social. Pernahkah anda tertanya-tanya apakah jenis wanita yang menjadi mangsa lelaki hidung belang?

  • Wanita Yang Memandang Rupa Semata-Mata
    Ya, sudah menjadi lumrah bagi kaum wanita untuk tertarik dengan lelaki yang handsome, macho, cute dan juga bentuk tubuh fit atau sado. Malangnya ada jenis wanita yang hanya melihat rupa fizikal sahaja dan langsung tidak mengambil kira sama ada lelaki itu jenis lelaki playboy atau mempunyai sikap yang suka berpura-pura sahaja demi mengambil hati anda. Mereka juga takut mereka akan terlepas jika terlalu jual mahal dan akibatnya menyebabkan mereka terpedaya dengan lelaki yang mahu mengambil kesempatan terhadam mereka sahaja.

Punca Jenis Wanita Jadi Mangsa Lelaki Hidung Belang

  • Wanita Yang Terlalu Mudah Untuk Percayakan Lelaki
    Kalau dah sayang namanya, maka apa sahaja yang lelaki katakan akan terus dipercayai tanpa fikir dua,tiga kali. Mempercayai setiap apa pun dengan membuta-tuli tanpa memikirkan dengan akal fikiran yang waras. Maksudnya disini, adalah bila seorang lelaki memberikan jawapan yang mudah dan ringkas bila ditanya atau memberikan alasan-alasan yang masih boleh diragui. Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan mmenerangkan dan menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa saja yang dirisaukan atau diragui oleh pasangannya. Mereka tidak akan cuba untuk menyembunyikan apabila ditanya kerana jika benar mereka sayangkan wanita tersebut, maka tiada apa pun rahsia yang yang mereka tidakkongsikan bersama-sama sebab majoriti besar lelaki cenderung untuk memberitahu rahsianya jika ditanya oleh wanita kesayangannya. Walaupun tidak 100% lelaki akan terus memberitahu rahsia atau perkara yang anda ingin tahu, tetapi tidak salah kalau anda tanya daripada terus mendiamkan diri dan peningkan kepala fikirkan jawapan.
  • Wanita Yang Suka Bersocial atau Kaki Clubbing
    Wanita “social” ini memang menjadi sasaran mudah bagi kebanyakan lelaki hidung belang. Wanita yang suka bersocial, pergi clubbing, disko, pub dan sebagainya memang dicop lelaki (terutama lelaki hidung belang) sebagai wanita yang dilihat sengaja menawarkan diri (offer) kepada mereka. Tambahan lagi, wanita seperti ini yang terlibat dengan pergaulan bebas yang tiada batasan antara lelaki dan perempuan memudahkan lagi diri mereka untuk menjadi mangsa lelaki.
  • Wanita Yang Terdesak Untuk Berkahwin (Married) Dan Mempunyai Pasangan
    Bunyi agak kasar tetapi memang menjadi lumrah lelaki mahupun perempuan yang inginkan pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Bila kawan-kawan sebaya ramai yang sudah berkahwin dan umur pun semakin meningkat, maka biasanya timbul niat kuat untuk berkahwin terutama di kalangan wanita. Keinginan untuk berkahwin (married) tidak salah tetapi yang salahnya apabila ada lelaki yang cuma mahu mempermainkan perempuan sahaja tanpa niat untuk berkahwin. Wanita yang ambil mudah dengan lelaki seperti ini yang selalunya menjadi mangsa lelaki hidung belang.
  • Wanita Yang Sedang Bersedih Ataupun Marah/Merajuk
    Wanita seperti ini menjadi sasaran disebabkan lelaki tahu bahawa wanita yang sedang kesedihan/merajuk biasanya perlukan seseorang untuk memujuk dan mendengar luahan perasaan mereka tentang apa yang mereka sedihkan atau tidak puas hati. Lelaki hidung belang akan berlakon seolah-olah mereka memahami apa yang wanita lalui dan memberi pendapat mereka dan tidak lupa juga mereka akan menjadi batu api sekiranya wanita tersebut merajuk atau bersedih disebabkan teman lelaki mereka. Lama-kelamaan, wanita tersebut akan memberi perhatian dan tidak mustahil jatuh hati kepada mereka kerana keprihatinan mereka, serta kesanggupan untuk menjadi pendengar dan penasihat setia kepada mereka.

Sebab Dan Apa Jenis Wanita Jadi Mangsa Lelaki Hidung Belang

  • Wanita Yang Kurang Bijak Dan Terlalu Polos
    Wanita jadi mangsa lelaki hidung belang disebabkan pelbagai punca. Wanita kurang bijak atau terlalu polos disini adah wanita yang tidak tahu menilai sama ada sesuatu perbuatan itu betul atau tidak. Kebanyakan wanita seperti ini biasanya mudah keliru dan akhirnya mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh lelaki sehingga menyebabkan mereka sendiri menjadi mangsa.
  • Wanita Yang Terlalu Bersabar Dengan Lelaki
    Mempunyai sikap yang penyabar memang bagus tetapi jangan lupa kesabaran kita tetap ada limitnya! Kalau anda bersabar setiap kali ada perkara yang tidak elok dilakukan oleh lelaki maka anda seakan-akan memberi lesen kepadanya untuk bertindak lebih jauh lagi sebab baginya anda seolah-olah tidak kisah dan anda akan memaafkannya asalkan dia meminta maaf. Jangan terus berdiam diri dan katakan tidak atau jangan kepada lelaki yang cuba mengambil kesempatan terhadap diri anda.
  • Wanita Yang Gila Duit
    Ya, senarai ini macam tidak lengkap kalau tidak mention pasal wanita yang gilakan duit semata-mata. Wanita yang pentingkan duit dan kebendaan semata-mata memang jenis wanita jadi mangsa lelaki hidung belang berduit atau kaya-raya. Lelaki ini cuma perlu tunjuk atau beri duit mereka kepada wanita seperti ini seperti belanja makan di restaurant atau hotel mewah, belikan handphone atau pakaian berjenama terkini dan sebagainya. Secara automatik wanita ini akan akhirnya  terpedaya dengan duit mereka. Jadi tolong ingat, money is not everything!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *