Apa Sebab Laptop Selalu Mati Sendiri, Tiba-tiba Off

 Adakah anda tahu kenapa dan apa sebab laptop selalu mati sendiri secara tiba-tiba? Adakah anda pernah berada dalam situasi dimana laptop tiba-tiba padam (off) ketika anda sedang melayari internet ataupun membuat apa-apa kerja dengan laptop/notebook anda?

Disebabkan masalah laptop selalu mati sendiri merupakan masalah yang sering menimpa pengguna-penguna laptop/notebook, maka entri ini ditulis bagi menunjukan kepada anda sebab-sebab utama kenapa laptop sering padam sendiri atau selalu tiba-tiba padam tanpa shut down. Jom kita tengok sebab-sebabnya di bawah ini:

Apa Sebab Laptop Selalu Mati Sendiri, Tiba-tiba Off (Padam)

Laptop Panas (Overheating)
Overheating merupakan punca utama kebanyakan sebab laptop selalu mati sendiri walaupun pengguna tidak shut down ataupun menekan butang power laptop mereka. Laptop mudah menjadi panas apabila bahagian dalaman laptop kotor dengan debu dan kotoran menyebabkan pengaliran udara tidak lancar dan seterusnya menjadikan laptop cepat panas. Anda boleh mengatasi maslaah overheating yang disebabkan kotoran atau debu ini dengan rajinkan diri untuk mencuci debu-debu terutama di bahagian kipas laptop anda kecuali laptop anda itu fanless. Tapi, jangan lupa untuk cuci atau bersihkan bahagian-bahagian lain yang mudah dimasuki oleh debu.

Tetapi, bukan kotoran sahaja, tetapi kadang-kadang software ata aplikasi yang kita guna juga memainkan peranan menyebabkan laptop menjadi cepat panas. Software seperti editing atau juga games yang berat mungkin tidak bersesuaian dengan spesifikasi laptop kita dan apabila kita paksa laptop kita untuk running software tersebut, maka akan terjadi overload pada sistem. Keasaan ini boleh menyebabkan laptop terpadam apabila tidak dapat menanggung software tersebut.

Masalah Sistem Operasi
Kadang-kadang sistem operasi laptop itu juga memainkan peranan, terutama apabila jarang diupdate, maka mungkin masalah tersebut akan terus terjadi. Anda boleh saja format atau repair semula operating system laptop anda.

Motherboard, RAM (hardware failure)
Jika motherboard atau RAM rosak, memang kena beli yang baru. Biasa kalau motherboard rosak, lmemang kena hantar ke servis center untuk diperiksa. Kadang-kadang kalau berlaku hardware failure atau product defective yang dikesan, pengeluar laptop biasanya akan memberi diskaun atau kadang-kadang penukaran komponen secara percuma sahaja seperti yang pernah dibuat oleh Apple untuk Macbook keluaran mereka tahun lepas.

Batteri dan Power Adapter
Bateri laptop anda mungkin bermasalah atau sudah hampir kong dan boleh menyebabkan laptop yang anda guna tiba-tiba mati disebabkan kuasa bateri itu hanya boleh bertahan sekejap sahaja. Power adapter anda juga mungkin ada bahagian yang terpintas ataupun putus di dalam kabel yang anda tidak dapat lihat. Anda boleh check di laptop anda sama ada charging atau tidak dan jika charging sekejap-sekejap sahaja bermakna Power Adapter laptop anda bermasalah. Anda perlu tukar battery atau power adapter yang baru bagi mengatasi maslaah ini dan sila beli yang original.

Jika anda sering menghadapi masalah laptop selalu mati sendiri ini, anda dinasihatkan untuk gunakan warranti jika masih valid atau terpaksa hantar ke kedai untuk diservis ataupun jika ada duit lebih, boleh beli baru. [Senarai harga laptop 2015]

11 Replies to “Apa Sebab Laptop Selalu Mati Sendiri, Tiba-tiba Off

  1. labtop sy dh baiki n tukar motherboard.dh dkt 2 ribu baiki sikit.mula kata hard disk rosak tukar hard disk.pastu elok kejap ja jadi lg.antar kedai ckp motherboard tukar la.pastu jd plak.ckp software berat.baiki lg.tp ia masih sama.tetap jadi jg.pastu kata skrin rosak.tukar skrin.labtop sy xmati tp skrin tiba2 jadi gelap tp ia masih hidup.hanya skrin gelap. apa masalah sbnarnya..

    1. kalau gelap tiba2 maybe problem kat hardware dia ada defective( eg: sensor problem), mungkin juga battery/adapter problem. Tapi kalau dah sampai 2 ribu kos untuk repair, mungkin option terbaik ialah beli yang bru

  2. Lately, lptop sye kerap terpadam sendiri padahal baru shj lepas tukar fan lptop mse servis
    Knpe ye.
    Better baiki, atau beli yg baru je.

  3. Laptop sy ,bateri takboleh cabut..skrg,kalau pakai charger,bateri tak charge..and kalau pakai charger,laptop kdg2 mati sendiri..kenapa ek?

  4. Bateri laptop saya takde masalah saya rasa. Tapi laptop saya selalu mati macam tu je tanpa ada notifikasi low bateri. Dah cuba set supaya show notification bila low bateri, tapi still takde notification jugak and bila bateri low terus terpadam je (takdelah low sangat pun, bila cas bateri ada lagi dalam 30%). Apa yang perlu saya buat ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *