Apa Sebab Lelaki Suka Perempuan Pendek

Apa sebab lelaki suka perempuan pendek ? Jika anda melihat disekeliling anda, anda pasti perasan bahawa sememangnya kaum lelaki majoritinya mempunyai ketinggian yang lebih tinggi daripada kaum perempuan. Oleh itu tidak hairanlah kalau dalam hampir semua pasangan, perempuan adalah lebih rendah daripada lelaki. Tapi, tahukah anda bahawa lelaki memang lebih cenderung untuk memilih wanita yang lebih rendah daripada mereka sebagai pasangan? Kalau nak tahu, di sini ada beberapa sebab dan alasan kenapa lelaki suka wanita pendek sebagai pasangannya:

Kenapa Apa Sebab Lelaki Suka Perempuan Pendek Sebagai Pasangan

  • Perempuan yang pendek sentiasa kelihatan lebih muda daripada umur mereka yang sebenar. Dengan erti kata lain, mereka seolah-olah sentiasa muda dan anda juga akan kelihatan lebih muda jika bersama-sama dengan mereka. Perempuan yang pendek sebenarnya sangat comel. Ini kerana mereka sentiasa kelihatan seperti budak-budak. So, berbanggalah jika pasangan anda pendek sebab sentiasa comel.
  • Wanita pendek tidak ada masalah untuk mencari pakaian yang bersesuaian dengan saiz badan mereka. Oleh itu, anda tidak perlu menunggu terlalu lama kalau anda temankan mereka pergi shopping membeli pakaian.
  • Perempuan pendek biasanya membuatkan para lelaki berasa lebih yakin kepada diri mereka.
  • Perempuan pendek biasanya perlukan pertolongan lelaki untuk membuat perkara yang sukar bagi mereka contohnya mengambil barang di tempat tinggi. Oleh itu, kaum lelaki suka jika merasakan mereka sentiasa diperlukan dalam hidup pasangannya.
  • Wanita pendek setia pada pasangan. Okey, yang ini mungkin agak subjektif, tetapi kajian menunjukkan perempuan pendek biasanya setia pada pasangan mereka. Percayalah ye.
  • Perempuan pendek biasanya sentiasa kelihatan cergas dan aktif. Ini kerana mereka senang untuk bergerak kemana-mana dan boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti seperti aktiviti sukan contohnya.
  • Perempuan pendek senang untuk dipeluk, jadi para suami suka peluk mereka sentiasa sebab senang dan kadangkala didukung sebab mereka ni ringan je.

So, itu adalah beberapa sebab kenapa lelaki suka perempuan pendek sebagai pasangan mereka. Selain itu, anda pasti sedia maklum kenapa lelaki suka wanita kurus dan langsing bukan? Walaubagaimanapun, ini tidaklah bermakna lelaki tidak sukakan wanita yang lebih tinggi daripada mereka sebagai pasangan. Kalau sudah jodoh tak kemana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *