Apa Serangga Terbesar Di Dunia Masa Kini?

Adakah anda tahu serangga terbesar di dunia ialah serangga apa? Baru-baru ini spesies serangga air paling besar di dunia telah ditemui di kawasan Asia iaitu negara besar China.

Serangga air paling besar di dunia mengikut laporan Scintific American July 2014 edition. Di bawah ini ialah gambar serangga terbesar di dunia untuk kategori serangga air.

gambar serangga terbesar di dunia
Berani ke anda pegang serangga besar macam dalam gambar ini?

Serangga air terbesar di dunia ini mempunyai saiz yang besar di kalangan spesies serangga dan ditemui di kawasan pergunungan Chengdu wilayah Sichuan China.

Serangga ini adalah dikatakan jenis omnivor apabila ia memakan tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan lain. Serangga berasal dari China dan Vietnam yang dikenali sebagai dobsonfly gergasi  ini dikatakan sangat pelik dengan menyerupai pepatung gergasi dan mempunyai penyepit. Kalau tengok sepintas lalu, memang majority akan anggap serangga ini pepatung.

Saiz serangga terbesar di dunia dalam kategori serangga air ini mempunyai saiz kira-kira 21cm dan dari keluarga Megaloptera.

Menurut pakar saintis, serangga ini juga dikenali sebagai penunjuk kualiti air. Hal ini disebabkan sifat serangga ini membuat rumah di atas air dan sangat sensitif dengan perubahan  ketulenan air dan pencemaran air. Jika serangga ini mengesan sebarang pencemaran di air, ia akan berpindah ke tempat lain yang airnya bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *