Apabila Isteri Minta Cerai, Apa Berlaku Kemudiannya?

Kisah cinta apabila Isteri Minta Cerai, Apa Berlaku Kemudiannya? Apa tindakan si suami apabila berhadapan dengan situasi ini? Dalam setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya dan hanya pasangan yang betul-betul memahami diri dan pasangannya yang akan mampu untuk bertahan dan mengecapi kebahagian bersama-sama.

Aku memang mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan dan perasaan cinta yang muncul di hati ketika menghabiskan masa bersamanya.

Dua tahun setengah dalam alam perkenalan, dan tiga tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantik seperti seorang anak yang menginginkan belaian dari ibu bapanya. Tetapi sekarang, semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku sekarang sudah jauh berbeza dan berlainan daripada apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya dan romantiknya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dan romantik dalam perkahwinan kami telah memusnahkan hampir semua harapan aku tentang kehidupan cinta dan keluarga yang ideal.Apabila Isteri Minta Cerai, Apa Berlaku Kemudiannya?

Pada suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai kepada suamiku.

“Mengapa?”, dia bertanya dengan wajah yang sangat terkejut.

“Aku penat dan lelah, kamu selama ini tidak pernah lagi memberikan cinta yang aku inginkan”

Dia hanya terdiam dan termenung sepanjang malam di depan laptopnya, nampak seolah-olah dia sedang membuat sesuatu kerja, tetapi tidak dan hanya termenung.

Perasaan kecewa aku semakin bertambah, seorang lelaki dan juga suami yang tidak dapat menunjukkan atau memberikan expresi perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?

Dan selepas beberapa ketika akhirnya dia bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”.

Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, “Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku sangat menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika awak memanjat gunung itu, awak akan mati. Adakah awak akan melakukannya untukku?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.”

Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya dan tertunggu-tunggu hari esok. Awal pagi keesokannya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui sehelai kertas dengan tulisan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi air teh hijau. Di kertas itu tertulis:

“Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkanlah aku untuk menjelaskan sebab dan alasannya kepada awak”

Ayat yang pertama ini menghancurkan hatiku tetapi aku tetap teruskan untuk membaca tulisannya.

“Sayang, awak biasa menggunakan laptop dan selalu menghadapi masalah kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan skrin, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya”

“Sayang, awak selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.”

“Awak suka berjalan-jalan ke luar negeri tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru dilawati, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu.”

“Sayang selalu kepenatan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas”

“Awak seorang yg suka berdiam di rumah, dan aku selalu bimbang awak akan menjadi ‘aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lawak yang aku alami supaya dapat melihat ketawamu”

“Awak selalu menatap laptop awak, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti rambut ubanmu”

“Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu”.

“Tetapi sayangku, aku tidak akan mampu untuk mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku”

“Sayangku, aku tahu, di luar sana pasti ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu.”Apabila Isteri Minta Cerai, Apa Berlaku Kemudiannya?

“Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu.”

Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca kandungan selanjutnya..

“Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawapan aku ini, dan masih mahukanku untuk tinggal di rumah ini bersamamu, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.”

“Jika kamu tidak berpuas hati dan masih tetap dengan keputusanmu… sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku akan pergi dan tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, melihatmu bahagia adalah juga kebahagian untukku”.

Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang kek dan roti favorite aku.

Ooh, kini baru aku tahu, baru aku sedari, bahawa tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta yang sebenarnya, pada ketika kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dan pudar dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan dan tidak kita sedari.

Itulah dia kisah cinta apabila isteri minta cerai, apa yang dilakukan oleh suaminya adalah sangat mengagumkan dan si suami juga mengajar bahawa cinta itu boleh ditunjukkan dalam banyak bentuk sama ada kita sedar atau tidak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com