Alternatif Notification Light Untuk Smartphone Tiada LED

Adakah anda sukakan aplikasi notification light untuk Smartphone anda? Smartphone yang berada di pasaran pada masa sekarang mungkin ada dan mungkin tiada LED fizikal untuk notification light untuk sebarang message, call,Facebook, Whatsapp, We Chat, Twitter, Instagram,Telegram,Line, Gmail, Email atau mana-mana aplikasi yang anda gunakan di Smartphone anda.

Walaupun notification light ini bukanlah sesuatu yang dipandang serius oleh semua orang atau pengguna, tetapi tetap ada pengguna-pengguna Smartphone yang sukakan feature Notification Light ini bagi memudahkan mereka memantau sebarang update atau notifikasi di Smartphone mereka tidak kisah sama ada Smartphone Samsung, iPhone, Honor, Zenfone, Xiaomi, Meizu atau mana-mana Smartphone.

Walaubagaimanapun, tiada notification light untuk Smartphone bukanlah masalah yang besar. Ini kerana bagi Smartphone yang tidak mempunyai LED notification secara fizikal di Smartphone mereka, anda boleh sahaja download atau install aplikasi bercirikan notification light di Google Play.

Alternatif Notification Light Untuk Smartphone Tiada LED AcDisplay

Aplikasi seperti AcDisplay,  NoLED, Light Flow, Notification Flash, Flash Notification dan sebagainya merupakan alternative yang bagus untuk LED notification. Ada antara setting dalam applikasi ini membolehkan anda mengoptimizekan notification di paparan screen smartphone anda dengan menjadikannya lebih menarik.Alternatif Notification Light Untuk Smartphone Tiada LED Samsung, Sony, HTC, Honor, Xiaomi, Zenfone

Personally, pada pendapat admin, notification light ini bukanlah feature yang wajib untuk Smartphone lebih-lebih lagi bagi pengguna yang memang tidak boleh lepas handphone di tangan. Kita boleh sahaja mengetahui notifikasi di Smartphone kita dengan sound ataupun dengan ON kan paparan skrin sahaja. Notification light ini lebih kepada untuk memudahkan pengguna supaya tidak terlepas mana-mana notifikasi yang penting dan juga lebih senang alert. Anda boleh download dan install aplikasi-aplikasi alternative notification light untuk Smartphone yang dinyatakan tadi seperti AcDisplay, NoLED etc sebagai alternatif ataupun untuk menjadikan user-experience anda lebih bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *