Ayat-ayat Cinta Best Yang Ringkas dan Pendek

Hai, anda mencari ayat-ayat cinta best yang ringkas dan pendek? Kalau anda mengikuti entri kami yang lepas, dulu kami pernah buat post entri seperti ayat-ayat sweet kepada kekasih, ayat sedih dan ayat pujuk kekasih. Berikut ialah beberapa ayat-ayat cinta yang best yang mungkin pernah anda tengok atau baca di mana-mana media social. Kami cuma ambil yang terpilih sahaja untuk entri kali ini.

  • Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.
  • Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.
  • Sampai bila awak nak bersandiwara? Kalau dah tak suka, berterus-terang je. Jangan curang di belakang saya.

Ayat-ayat Cinta Best

  • Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Koleksi Ayat-ayat cinta best ringkas dan pendek

  • Ketika Mulut Tak Mampu Untuk mengatakannya..
    Biarlah Hati Yang Membicarakannya..
    Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..
    Ingatlah di saat ketika kamu berusaha mendapatkanya…
    Disaat kamu ingin menduakannya..
    Bayangkanlah jika dia selalu setia…
    Disaat kamu ingin membohonginya..
    Ingatlah disaat dia selalu jujur padamu..
    Disaat kamu merasa dia tak bererti bagimu..
    Ingatlah ketulusan hati dan pengorbanannya…
  • Dalam hidup kita ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat, kadangkala kita kena beralah dan terpaksa berkorban hati dan perasaan kita. Apatah lagi jika melibatkan perasaan orang lain.
  • Bila anda rindukan seseorang,
    pandanglah pada bintang yang paling terang sinarnya,
    percayalah pada hati bahawa insan yang dirindui itu juga sedang merindui mu.
  • Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta bagaikan kristal, indah di penglihatan, tapi derita di perasaan
  • Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk difahami dan dimengerti. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
  • Cinta itu apabila kamu bertemu dengan si dia dan membuat pilihan yang tepat. Apabila percintaan tidak berkekalan, mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan orang yang tepat. Kita harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu.
  • Cinta..Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya, apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak yang bererti buat anda.
  • Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
  • Dalam setiap percintaan, janganlah awak sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan pasti tidak akan ada perpisahan.
  • Cinta sejati mempunyai tempat hanya cukup untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga, ke-empat, kelima dan seterusnya.
  • Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada seseorang yang menghargainya.
  • Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan, namun dalam setiap percintaan pasti akan merasa kecewa dan dikecewakan walaupun itu bukan matlamat sebenar dalam setiap percintaan.

Sekian sahaja untuk entri ayat-ayat cinta best yang ringkas dan pendek kali ini. Anda juga mungkin berminat untuk membaca entri kami yang lepas iaitu Ayat Cinta Untuk Kekasih Hati dan juga koleksi ayat jiwang untuk kekasih hati.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com