Ayat Jiwang WeChat Whatsapp Facebook Cinta Untuk Kekasih

Koleksi ayat jiwang WeChat, facebook, Whatsapp, Twitter, Line, instagram,Myspace dan  social media yang lain. Kalau dulu popular dengan ayat cinta atau ayat jiwang SMS, sekarang ini mungkin sudah ramai yang tidak menggunakan SMS lagi kecuali jika terpaksa iaitu sama ada tiada akses internet atau bukan menggunakan smartphone. Pada masa sekarang ni popular dengan ayat cinta Wechat, ayat jiwang Whatsapp, ayat jiwang Facebook, twitter, line, telegram dan macam-macam lagi.

Pada dasarnya ayat-ayat jiwang ini lebih kurang sama sahaja dengan yang versi SMS dulu cuma platform yang berbeza sedikit. Jom tengok beberapa ayat jiwang Wechat, facebook, Whatsapp/Twitter dll:

Ayat Jiwang WeChat Whatsapp Facebook Cinta Untuk Kekasih

  • Mengapa masih ada rasa sayang dan cinta lagi pada insan yang sudah tidak menjadi milik kita? Sedangkan kita tahu, di antara kita dan dia sudah tersurat tiada jodoh.
  • Orang kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
  • Jika mencintaimu satu kesalahan.. biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu.
  • Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
    Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir
  • Aku sudah cuba untuk setia, Namun, Aku telah gagal, Aku cuba untuk menghargaimu, Namun, Ianya hancur, Aku cuba untuk mencintaimu, Namun,CINTA itu lenyap,hilang…ini kerana kamu menDUAkan aku.
  • Saat rindu hadir…pasti ingat si dia kan..kalau la dapat bersama2 selalu dengan dia kan best…awak nanti if awak free awak msg saya yaa..saya sentiasa tunggu msg dari awak.
  • Kalau syg dia, jgn pernah menipu dia..Biar jujur walaupun dia marah, yg penting kita x pernah hilangkan kepercayaan dia pada kita.
  • Saya nak order CINTA sebungkus. Letak SETIA lebih sikit , CURANG jangan letak.Tuangkan rasa SAYANG lebih taw JANGAN ikat tepi tapi ikat MATI!
  • ѕєℓαgι “Jαηтυηg” ѕαуα mαѕιн “вєя∂єgυρ”, ѕαуα αкαη ѕєηтιαѕα ѕαуαηgкαη αωαк . тαρι кαℓαυ “∂єgυραη Jαηтυηg” вєянєηтι, ѕαуα нαяαρ αωαк ѕєℓαℓυ вαнαgια ∂єηgαη ριℓιнαη αωαк
  • Dulu selalu jugak rindu awak, fikir tentang awak, stalk awak. Tapi bila sedar semua tu cuma menyakitkan diri sendiri, saya cuba sibuk kan diri saya, dengan harapan dapat melupakan awak. Bila saya dah berjaya lupakan, dah bahagia dengan kehidupan saya sekarang, kenapa awak datang balik?

Anda mesti pernah tengok mana-mana ayat-ayat jiwang Wechat, facebook, twitter, instagram ini kan? Selain itu, boleh juga tengok ayat sedih dan ayat minta maaf kepada kekasih.

3 Replies to “Ayat Jiwang WeChat Whatsapp Facebook Cinta Untuk Kekasih

  1. Cinta y tulus, ikhlas & suci ..akan mendamba sekeping hati untuk dimiliki menjadi halal abadi selamanya…Ikhlasnya hatiku menerimamu kerna agamamu untuk membimbingku…melindungiku…. menjadi teman kala suka dukaku…. hanya kamu….. dihatiku selamanya….

  2. Telah kau hanyutkan hatiku ke dlm lautan asmaramu sehingga aku lemas didalam arus kerinduan kini kau dimiliki insan lain,pergilah kasih pergilah syg, diriku tak sanggup melihat dirimu diiringi paluan kompang meraikan dikau berdua menjadi raja sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *