Ayat Sweet Luahan Perasaan Kepada Kekasih

Apa ayat sweet dan romantis yang anda suka luahkan kepada kekasih anda? Ayat-ayat sweet biasanya akan dapat mengeratkan lagi perhubungan antara anda dengan si dia ataupun bagi pasangan suami isteri yang telah berkahwin. Apa ayat yang boleh dikategorikan sebagai sweet dan romantis? Ayat sweet dan romantik ini juga boleh membantu mengeratkan semula hubungan yang sedikit longgar dan pastinya anda juga tidak ingin memiliki pasangan yang curang bukan.

Setiap orang ada pandangan yang belainan, tetapi bagi kami, ayat yang sweet ialah ayat yang mempunyai makna yang dalam dan tiada yang lebih memahami ayat tersebut selain daripada si dia atau kekasih anda. Jom tengok beberapa ayat sweet yang pastinya menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan kekasih anda:

  • Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada disisinya menemaninya setiap waktu?

Ayat Sweet Luahan Perasaan Kepada Kekasih

  • Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta juga bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang-bintang berkelipan di langit atas sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
  • Sejujurnya, saya tak pernah rasa menyesal mencintai awak, cuma satu yang saya sesalkan iaitu kenapa tidak sejak dari dulu lagi saya mencintai awak?
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba
    Jangan sesekali menyerah jika kamu masih snggup bertahan
    Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mncintainya lagi
    Jika kamu masih tidak dapat melupakannya …

Koleksi Ayat Sweet Luahan Perasaan Kepada Kekasih

  • Mencintaimu adalah perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidupku.
    Mana mungkin aku dapat melupakanmu sebab awaklah kekasihku yg pertama dan terakhir bagiku.
  • Cinta pertama selalunya yang paling manis, tapi hati terluka pertama kali juga paling dalam.
  • Saya masih boleh terima
    kalau kopi tanpa susu
    Malam tanpa lampu..
    Roti tanpa madu..
    Burger tanpa keju..
    Tapi..saya tak dapat terima kalau..
    Sunyi tanpa berita dari kamu..

ayat sweet luah perasaan

  • Isteri: Abang, jom main sembunyi-sembunyi nak?
    Suami: Tak nak lah sayang
    Isteri: Kenapa pulak?
    Suami: Sebab wanita macam awak sukar ditemui.

Anda juga mungkin berminat dengan ayat cinta untuk kekasih serta ayat meluahkan perasaan kepada kekasih anda.

5 Replies to “Ayat Sweet Luahan Perasaan Kepada Kekasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *