Bagaimana Cara Naikan Trafik Blog Dengan Berkesan?

Adakah anda tahu Bagaimana Cara Naikan Trafik Blog Dengan Berkesan? Membuat blog memang best kalau banyak trafik yang masuk. Trafik yang dimaksudkan ialah unique visitor yang datang untuk membaca post entri yang kita buat. Banyak cara untuk menaikan trafik blog tetapi tidak ramai yang boleh mempraktikannya dengan bagus dan berkesan.

Jom kita tengok  bagaimana cara naikan trafik blog yang sering orang guna:

Bagaimana Cara Naikan Trafik Blog Dengan Berkesan?

Naikan Trafik Dengan SEO

Cara paling otai dan paling berkesan untuk jangka masa yang panjang. Secara ringkasnya, Caranya ialah dengan menggunakan keyword tertentu dalam setiap entri dan selepas itu cari backlink banyak-banyak untuk meningkatkan lagi peluang entri tersebut berada di 1st page google. Gaya penulisan, thema blog dan thema blog juga memainkan peranan sebab ada jenis thema blog yang mesra SEO dan senang diindeks oleh Google dan ada juga yang tidak mesra SEO dan lambat diindeks oleh Google.

Naikan Trafik dengan Social Media (Facebook Fanpage, Twitter, Instagram, Pinterest etc)

Cara yang paling berkesan untuk menaikan trafik dengan cepat asalkan anda mempunyai fanpage yang ramai liker atau ramai follower di twitter dan akaun social yang lain. Walaubagaimanapun, social media yang paling berkesan memang tidak dapat dinafikan ialah facebook. Caranya ialah dengan postkan entri anda di fanpage yang besar-besar dan paling penting mesti aktif! Jika anda tiada fanpage yang besar liker, anda boleh sewa fanpage orang lain, tetapi pastikan ianya berbaloi iaitu pastikan earning blog yang anda dapat dengan sewa fanpage itu adalah lebih banyak dari sewa yang anda bayar kepada pemilik fanpage tersebut. Juga jangan mudah terpedaya dengan fanpage yang liker besar sebab kebanyakan fanpage pada masa sekarang tidak banyak yang aktif. Pastikan fanpage yang anda sewa itu mempunyai paling kurang 2000 reach untuk setiap post blog (pendapat peribadi admin). Jangan terpedaya dengan total jumlah reach yang banyak sebab mudah dimanipulasi dan besar kemungkinan reach yang banyak itu bukan dari post blog.

Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Pingkan Entri ke Laman Ping Aggregator

Kadang-kadang orang suka ping entri ke laman ping aggregator. Contoh, blogr, busuk, apesal etc.Pendapat peribadi admin merasakan penggunaan laman ping adalah kurang bermanfaat untuk blog dan kadang-kadang ada ada hidden skript yang tidak anda ketahui contohnya iklan yang tiba-tiba muncul di blog. Penggunaan laman ping ini memang boleh naikan trafik blog, tetapi admin memang tidak galakan sangat. Terpulanglah kepada anda,tetapi bagi admin laman ping ini hanya sesuai untuk  blog berita, gosip artis dan sebagainya yang entrinya bersifat sementara.

Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Blogwalking

Kalau anda bukan blogger, mungkin anda tidak tahu apa itu blogwalking. Blogwalking ini ialah dengan melawat blog-blog lain dan tinggalkan komen di blog mereka beserta dengan link blog anda. Kadang-kadang mereka atau sesiapa sahaja yang melihat komen itu mungkin akan berminat untuk pergi ke blog anda pula. Blogwalking ini bagus untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Jangan terlalu over blogwalking pula sampai blog sendiri tidak terupdate.

RAHSIA MENJANA WANG DENGAN GOOGLE ADSENSE

Admin menggunakan cara SEO dan juga fanpage untuk naikan trafik blog. Blogwalking juga ada tetapi tidaklah sekerap mana kalau dibandingkan dengan masa mula-mula terjebak dengan dunia blog ini.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com