Bagaimana Cara Perkenalkan Diri Semasa Temuduga

Adakah anda tahu bagaimana cara perkenalkan diri semasa temuduga yang bagus? Semasa temuduga, salah satu pertanyaan paling popular dan yang terawal sekali akan ditanya kepada kita ialah Please Introduce Yourself atau Sila perkenalkan diri anda. Soalan ini adalah sangat ringkas tetapi mempunyai banyak jawapan kerana soalan ini adalah sangat general.

Bagaimana untuk perkenalkan diri semasa temuduga?
Anda sepatutnya sudah boleh expect soalan ini akan ditanya. Oleh itu, anda seharusnya sudah bersedia dengan jawapan terbaik anda dan sila hafal kalau perlu. Jangan ambil mudah dengan soalan ini kerana soalan ini sepatutnya menjadi medium terbaik anda untuk memberikan impression yang bagus kepada penemuduga.

Bagaimana Cara Perkenalkan Diri Semasa Temuduga, how to introduce yourself

Tips menjawab soalan sila perkenalkan diri semasa temuduga (Interview):

Latar Belakang Anda 
Nama dan tempat asal/tinggal sekarang. Ceritakan walaupun sudah tertulis dalam resume kerja anda.

Kelayakan (Qualification) anda
Cakaplah anda ada kelulusan apa yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda minta.
Ceritakan juga sedikit jika anda ada mengambil kursus-kursus yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda minta.

Aktiviti Ko-kurikulum anda
Penting untuk ceritakan jika anda fresh graduate atau kurang pengalaman bekerja.
Jika anda sudah ada banyak pengalaman bekerja, anda boleh lebih fokus untuk ceritakan apa kerja yang pernah anda buat di company lama anda.

Pengalaman Kerja (Working Experience)
Sila beritahu pengalaman kerja anda yang ada. Jika anda fresh graduate ada boleh ceritakan pengalaman semasa latihan industri (praktikal) ataupun kerja-kerja part time yang anda pernah lakukan. Ingat, jangan sesekali menipu dan bercakap besar.

Kemahiran (Skill)
Nyatakan jika anda mempunyai kemahiran (skill) yang unik dan berkaitan dengan kerja tersebut

Bagaimana Cara Perkenalkan Diri Semasa Temuduga

Contoh jawapan soalan sila perkenalkan diri dalam temuduga.

Selamat pagi, saya (nama anda) dan saya berasal dari (tempat asal/tinggal) Saya adalah pemegang/lulusan SPM/STPM/Sijil/Diploma/Izajah/Master/PHD (kelayakan akademik anda) dari (tempat anda study). Sebelum ini, saya pernah/sedang kerja di (company lama/sekarang) selama (tempoh masa  bekerja) dan juga pernah bekerja di (company lama/tempat praktikal) selama (tempoh masa). Semasa masih bergelar pelajar, saya pernah terlibat dengan(aktiviti/persatuan/kelab/etc) Saya pandai/biasa menggunakan (skill yang anda ada) dan pernah mengambil dan terlibat dengan bengkel/kursus kemahiran (nama kursus yang anda ambil). Saya datang kesini untuk memohon jawatan sebagai (jawatan yang anda apply).

**DAPATKAN PANDUAN RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN 2015**

Jangan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan perkenalkan diri ini, sebab penemuduga sebenarnya lebih berminat untuk menanya anda soalan-soalan lain yang seterusnya. Sila berlatih untuk menjawab soalan ini dalam masa 3,4 minit sahaja. Semoga anda berjaya menjawab soalan temuduga bagi jawatan kosong yang anda minta.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com