Bahaya Akibat Tahan Buang Air Besar (Berak)!

Apa bahaya dan akibat tahan buang air besar (berak)? Siapa antara anda yang suka tahan buang air besar atau tahan diri daripada berak? Tidak salah rasanya kalau kami katakan bahawa semua orang di dunia ini pernah tahan diri dari buang air besar disebabkan beberapa keadaan seperti tiada tandas berdekatan, sedang memandu, toilet penuh, atau sedang membuat sesuatu yang penting! Bahaya Akibat Tahan Buang Air Besar Berak

Jika anda tahan buang air besar disebabkan situasi diatas, kiranya masih boleh diterima laggi. Masalahnya ada jenis orang yang sengaja untuk menahan diri daripada buang air besar sebab malas, tak nak kotor, malas hendak cuci dan sebagainya. Jangan ya!

Ini sebab dan bahaya, akibat tahan buang air besar:
Bila kita membuang air besar, itu bermakna kita menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh kita. Jika kita membiarkan bahan buangan ini dlaam tubuh kita, ia akan berpotensi menjadi toksin dan racun kepada sistem tubuh kita.

Bila kita selalu tahan buang air besar, najis atau tahi akan menjadi keras dan boleh menyebabkan kita menghadapi sembelit, kekejangan dan mungkin menyebabkan usus tersumbat.

Seseorang itu biasanya akan membuang air besar dalam kadar 3,4 hari sekali dan paling bagus sehari sekali. Jika anda menghadapi masalah buang air besar, ini bermakna anda mungkin kurang minum air atau kurang makan makanan serat seperti sayuran dan bijirin selain daripada pemakanan tidak terkawal dan pengambilan ubat-ubatan yang tidak sesuai. Akhir sekali, ketahuilah bahaya akibat tahan buang air besar dan lepas ini anda janganlah tahan buang air besar!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com