Bahaya Bunuh Lipas Yang Perlu Kita Tahu

Tahukah Akan Bahaya Bunuh Lipas (Cockroach) Yang Perlu Kita Tahu? Lipas merupakan sejenis serangga ataupun makluk perosak yang sering didapati dalam rumah kita terutamanya di stor atau dapur yang tidak bersih.

Admin yakin mesti ada antara anda yang merasa fobia dan tidak lupa juga yang takut dengan lipas, lebih-lebih lagi kalau lipas itu tiba-tiba terbang huhu. Mesti ada antara anda yang akan cuba apa saja cara untuk menghalau lipas ataupun membunuh lipas tersebut.Tapi, tahukah anda bahaya membunuh lipas dengan memukulnya sehingga hancur sehingga isi perut terburai adalah sangat berbahaya?

Bahaya Bunuh Lipas Yang Perlu Kita Tahu

Kenapa Bahaya Bunuh Lipas Hingga Hancur Sangat Bahaya?

Sebabnya dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup meskipun bukan lagi berada di tubuh lipas atau diluar tubuh lipas. Sebaik sahaja cacing ini sudah terkeluar dari tubuh lipas (perut) cacing ini akan bergerak untuk mencari tempat yang baru.

Cacing ini boleh dilihat dengan mata kasar pada jarak sekitar 20cm dari mata kita. Cacing ini mempunyai bentuknya sangat pendek, halus dan lembut.

Jika anda ingin tengok sendiri cacing ini, antara cara untuk tengok cacing dalam lipas ini ialah letakan isi perut lipas pada kertas hitam ataupun cermin dan anda akan melihat cacing perut lipas bergerak-gerak.

Cacing ini sangat berbahaya jika bersentuhan dengan kulit kita kerana saiznya yang kecil bermakna ianya boleh masuk melalui pori-pori kulit atau apabila ada luka terbuka pada tubuh badan kita.

Sekarang anda sudah tahu bahaya bunuh lipas bukan? Oleh itu, jangan sesekali membunuh lipas dengan memukulnya sehingga hancur. Cara yang terbaik dan selamat untuk membunuh lipas adalah dengan menggunakan penyembur serangga. Semburkan pada lipas dan selepas itu buang bangkai lipas tersebut. Selain itu anda juga boleh menggunakan petua cara menghalau lipas dengan berkesan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com