Bahaya Hirisan Lemon Dalam Minuman Anda (Mesti Tahu)!

Betulkah bahaya hirisan lemon jika diletakkan dalam minuman kita? Siapa yang suka minum air lemon, lemon panas, ice lemon tea, lemon peng atau lemon ais? Tidak dinafikan bahawan air lemon memang sedap diminum untuk menghilangkan dahaga. Baru-baru ini ada satu kajian yang menunjukkan bahawa meletakkan hirisan lemon ke dlaam minuman yang hendak kita minum sebenarnya berbahaya kepada kita?

Bahaya Hirisan Lemon Dalam Minuman Kepada Tubuh Kita Mesti TahuHirisan lemon dalam minuman dan makanan semestinya menaikan lagi rasa sekaligus menyegarkan. Lebih – lebih lagi tambahan tersebut mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Tapi tahukah hirisan lemon tersebut sebenarnya merbahaya?

Menurut sumber, dalam satu hirisan lemon terdapat banyak bakteria yang berpotensi menyebabkan penyakit merebak, malah ada yang mengatakan dan menganggap hirisan lemon sama kotor seperti tandas.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Enviromental Health pada 2007 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus hirisan lemon yang digunakan di 21 restoran yang berbeza mengandungi 25 mikroba yang berbeza.

Perkara ini berkemungkinan disebabkan lemon tersebut dipegang, dibelek, dipotong dan kemudian dimasukkan ke dalam gelas. Dan jelas sekali kuman merebak dengan mudah melalui aktiviti tersebut.

Oleh itu, elakkan memasukkan hirisan lemon ke dalam minuman anda. Ambil langkah berjaga – jaga dengan hanya mengambil jusnya sahaja bukan hirisan lemon.

P/s: Mungkin ada bagus juga kalau ambil jusnya sahaja. Mungkin benar bahaya hirisan lemon jika diletakkan dalam minuman kita, tapi kalau bersih boleh saja dimasukkan ke dalam minumkan kan?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com