Bahaya Main Handphone Sebelum Tidur

Adakah anda seorang yang suka buka dan tengok handphone atau tablet sebelum masuk tidur? Tahukah anda akan bahaya main handphone sebelum tidur? ataupun main tablet sebelum tidur? Kami yakin bahawa anda majoriti besar kita di dunia ini menggunakan gadget seperti smartphone atau tablet setiap hari. Pada zaman sekarang ini, kita memang tidak akan dapat lari daripada menggunakan gadget sama ada untuk berhubung, berbisnes, bersocial atau juga bekerja.Bahaya Main Handphone sebelum tidur kepada kesihatan kita

Tidak kurang juga, tabiat suka tengok atau main handphone sebelum tidur juga agak sering diamalkan oleh kebanyakan orang pada masa sekarang. Tetapi tahukah anda, bahawa tabiat atau kebiasaan bermain handphone sebelum tidur (tak kisah sama ada untuk buka facebook, twitter, instagram, whatsapp, wechat,main games dan sebagainya) boleh memberi keburukan kepada kesihatan kita?

Daripada kajian yang dijalankan, jika kita menggunakan gadget dalam masa sejam sebelum tidur, hasilnya akan menyebabkan tidur kita tidak nyenyak dan kurang berkualiti. Maksudnya, kita susah untuk mendapat kepuasan untuk tidur dan selalu mengantuk. Dalam jangka masa yang panjang, keadaan ini juga akan menjejaskan kesihatan kita. Dikatakan kemampuan otak kita untuk mengingat sesuatu akan sedikit demi sedikit akan terjejas dan menjadikan kita susah untuk menghafal atau mengingat sesuatu terutama bagi anda yang masih study.

Dengan melayan gadget yang mempunyai skrin bercahaya biru adalah lebih kurang sama dengan keadaaan mata kita melihat cahaya di siang hari dan keadaan ini akan menyebabkan mata dan otak kita menjadi penat. Oleh itu, tidak hairanlah kalau tidur kita pun tidak lena dan sering merasakan diri tidak cukup tidur dan susah untuk fokus dengan sesuatu kerja atau benda yang anda buat.

Bahaya Main Handphone sebelum tidur kepada kesihatan

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, kesihatan kita akan terjejas dan kita akan berasa kurang bermaya atau kurang cergas untuk melakukan perkara lain disebabkan tubuh dan mata kita tidak mendapat rehat yang mencukupi. Selain itu, satu lagi bahaya main handphone sebelum tidur ialah boleh menjejaskan kesihatan mata kita. Oleh, itu seeloknya anda buang tabiat untuk menggodek gadget anda untuk jangka waktu yang lama sebelum tidur. Sebolehnya, letakkan saja gadget anda di tepi dan jangan gunakannya apabila sudah menutup lampu untuk tidur.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *