Bahaya Menggunakan Headphone / Earphone, Telinga Dan Otak Rosak

Bahaya Menggunakan Headphone / Earphone, Telinga Dan Otak Rosak. Ramai tak antara anda yang suka menggunakan headphone atau earphone untuk mendengar lagu mahupun menonton video di handphone, tablet atau laptop/pc? Statistik menunjukkan ramai orang terutama golongan remaja dan belia yang suka menggunakan headphone atau earphone untuk mendengar lagu dan juga menonton video melalui gadget mereka. Tidak dinafikan bahawa kualiti bunyi yang dihasilkan adalah lebih baik dan lebih jelas dengan menggunakan headphone.

Akibat Bahaya Menggunakan Headphone Atau Earphone Pendengaran Telinga Dan Otak RosakWalaubagaimanapun, penggunaan headphone atau earphone dengan terlalu kerap dengan volume yang kuat boleh menyebabkan telinga rosak dan tidak dapat berfungsi dengan bagus. Berikut adalah beberapa bahawa menggunakan headphone dengan cara berlebihan:

  1. Telinga rosak dan deria pendengaran kita berkurang
  2. Gegendang telinga pecah disebabkan frekuensi tinggi
  3. Jangkitan/Infeksi Telinga biasa berlaku bagi mereka yang memakai earphone yang kotor dan menyebabkan telinga jadi gatal dan berbau
  4. Kemampuan atau sensitiviti terhadap bunyi berkurang
  5. Jadi Tuli (Kemampuan Mendengar Berkurang), sukar mendengar bunyi yang kecil
  6. Menjejaskan kesihatan otak disebabkan radiasi

Itulah beberapa bahaya menggunakan headphone / earphone kepada kesihatan kita. Tidak ada yang salah jika anda ingin menggunakannya, tetapi jangan keterlaluan dengan bunyi yang terlalu kuat dan berterusan. Pesanan terakhir dari kami supaya anda semua jaga kebersihan telinga anda dan ketahui juga bahaya cuci telinga dengan kerap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *