Bahaya Menyimpan Dompet Di Poket Belakang Seluar

Ketahui bahaya menyimpan dompet di poket belakang seluar Kegemaran meletakkan dompet di poket belakang sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kaum lelaki. Walaupun, biasanya terdapat poket di bahagian tepi/depan, tetapi tidak dinafikan bahawa poket belakang menjadi kegemaran ramai orang untuk meletakan dompet atau wallet mereka.

Bahaya menyimpan dompet di poket belakang adalah boleh menyebabkan kerosakan kepada saraf-saraf utama di bahagian pinggul jika anda sering duduk dengan dompet tersimpan di poket atau kocek belakang seluar.Bahaya Menyimpan Dompet Di Poket Belakang Seluar Yang Perlu Anda Tahu

Menurut seorang ahli fisioterapi Buckhurst Hill, Essex, Julian Forth mengatakan bahawa ramai kaum lelaki yang sering mengadu dan menderita sakit punggung dan punca utamanya adalah disebabkan tabiat mereka yang suka menyimpan dompet/wallet/purse di poket belakang ketika duduk yang memberi tekanan kepada saraf di belakang tubuh mereka dan menyebabkan rasa sakit-sakit.

Tabiat suka meletakkan dompet di poket atau kocek belakang ini lama-kelamaan akan meyebabkan badan rasa sakit-sakit biasanya dari bahagian pinggang ke kaki disebabkan ketidakseimbangan pada sistem saraf, tulang dan juga otot.

Bahaya Menyimpan Dompet Di Poket Belakang Seluar perlu tahu

Bagi mengelakkannya, jangan meletakkan atau menyimpan dompet di poket belakang ketika duduk di rumah, pejabat mahupun ketika memandu. Anda boleh saja letakkan dompet anda di poket depan/tepi ketika anda duduk. Sebenarnya memang tiada masalah kalau anda menyimpan dompet di poket belakang, tetapi yang akan menjadi masalah adalah jika anda duduk dengan dompet anda tersimpan di poket belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *