Beli Motosikal Yamaha 135LC Edisi Terbaru Terbaik

Baru-baru ini admin telah beli motosikal Yamaha 135LC edisi terbaru. Seperti yang kita sedia maklum, motosikal Yamaha LC 135 ini ada dua jenis iaitu Yamaha LC 135 Extreme Spirit dan Yamaha LC 135 Super Sport.

Beli Motosikal Yamaha 135LC Edisi Terbaru Terbaik

Apa beza Yamaha 135LC Super Sports vs Extreme Spirit?

  • Yamaha 135LC Super Sport mempunyai auto clutch dan 4 Speed. Harga Yamaha 135LC Super Sport lebih murah berbanding 135LC Extreme Spirit.
  • Yamaha 135LC Extreme Spirit mempunyai manual clutch dan 5 Speed. Harga Yamaha 135LC Extreme Spirit lebih mahal berbanding 135LC Super Sport.

Performance Mana lebih bagus, Yamaha 135LC Extreme Spirit vs Yamaha 135LC Super Sports?

Susah nak jawab soalan ini sebab ia lebih bergantung kepada selera masing-masing, dan mungkin ada yang lebih suka guna Auto Clutch berbanding manual Clutch dan mungkin lebih suka guna 5 speed berbanding 4 speed. Dari apa yang admin baca, variasi Yamaha 135LC Super Sport ini adalah sesuai untuk pengguna yang inginkan kuasa dan keseronokan membawa motosikal. Variasi Yamaha 135LM Extreme Spirit pula sesuai untuk mereka yang inginkan clutch tangan untuk kawalan manual motosikal selain daripada lonjakan kuasa motosikal.

Kedua-dua versi Yamaha 135LC Extreme Spirit dan Super Sport mempunyai engine yang sama dan kelajuan top speed Yamaha LC135 untuk kedua-dua versi yang original (baru keluar kedai) ialah disekitar 110km/j hingga 120km/j. Ini disebabkan speednya telah di cutoff walaupun sebenarnya top speed Yamaha 135LC ini boleh pergi dengan jauh lagi. Kalau anda ingin lajukan top speed Yamaha 135LC anda, anda boleh membuat pengubahsuaian seperti kebiasaannya, CDI, saiz sproket dan sebagainya. Pengubahsuaian kecil-kecilan macam ini 100% lepas je JPJ hehe.

Beli Yamaha 135LC baru motosikal terbaik Malaysia

Oh ya, admin lupa nak beritahu, admin sebenarnya telah beli Yamaha 135 LC Super Sport. Admin beli cash, pagi pergi ke kedai dan petang terus ambil bawa ke rumah. Beli motosikal ni senang sebab boleh siap dalam sehari je terus boleh guna. Pengalaman guna motosikal Yamaha 135LC Super Sport ini memang seronok dan lancar bawa di jalan raya. Selain itu, bunyinya juga senyap dan tidak menganggu dan admin memang tidak suka motosikal yang bising atau banyak asap keluar. Yamaha 135LC warna baru Orange, Black & Grey menjadi pilihan. Ini ialah warna baru yang cuma ada untuk versi Yamaha 135LC Super Sport sahaja. Warna nampak style je kan. Gambar motor ini sebenarnya gabungan hitam, oren dan grey tapi kurang jelas warna grey di gambar, maklumlah gambar guna hp.

Kenapa beli  motosikal Yamaha 135LC dan tidak beli motosikal lain?

Senang cerita, Yamaha 135LC tidak akan menjadi motosikal yang terlaris di Malaysia ini sejak dari versi pertama lagi tanpa sebarang sebab.Pendek kata, admin beli sebab memang sudah lama minat LC135 ini dan sebelum ini selalu juga try LC kawan-kawan dan rasa best kalau bawa. Yamaha 135LC ini juga dikategorikan sebagai motosikal moped/kapcai yang terbaik. Kenapa tidak beli motosikal berkuasa besar? Lain orang lain selera, macam admin sebab beli motosikal Yamaha 135LC ini berbanding motosikal berkuasa besar ialah Mudah je, faktor utama ialah seperti yang admin katakan tadi, admin tidak suka motosikal yang berbunyi kuat dan tidak berapa suka bawa laju-laju, kecuali ketika urgent saja. Selain itu sudah pastilah faktor harga yang mahal termasuk harga maintenance, minyak dan sebagainya.

p/s: Yamaha 135LC ini ialah motosikal ketiga yang pernah admin beli. Yang dua lagi tu dah jual di kedai 😉

27 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com