Berapa Gaji Permulaan Guru Di Malaysia Terkini

Adakah anda tahu berapa gaji permulaan Guru Di Malaysia terkini? Pada masa sekarang, menjadi guru atau cikgu memang merupakan satu pekerjaan yang popular dan ramai yang berminat untuk menjadi guru. Namun, adakah anda tahu berapa gaji permulaan guru di Malaysia sekarang?

Berapa Gaji Permulaan Guru Di Malaysia Terkini

Gaji permulaan guru ijazah sarjana muda fresh graduate dalam bidang yang berkaitan dan juga mempunyai diploma pendidikan, gaji permulaan guru baru ini ialah Rm2018.52 pada Gred DG41. Bagi mereka yang mempunyai diploma pendidikan dan ijazah sarjana muda dengan kepujian, starting gaji mereka ialah sebanyak RM2222.94 atau boleh juga dikalatan kalau gaji permulaan guru lepasan siswazah pendidikan DG41 ialah RM2222.94.

Gaji permulaan guru baru atau fresh graduate yang mempunyai kelulusan sarjana (atau Master) dan diploma pendidikan, gaji permulaan mereka ialah sebanyak RM2733.98 pada tangga gaji Gred DG41.

Untuk mereka atau graduan yang berkelulusan (doktor falsafah), PhD dan juga diploma pendidikan, gaji basic guru untuk mereka yang berkelayakan begini ialah melebihi RM3000 ialitu RM3040.60 pada Gred DG41.

Summary jadual gaji permulaan guru mengikut kelayakan:

  • Graduan berkelayakan diploma pendidikan dan ijazah sarjana muda DG41: RM2018.52
  • Graduan berkelayakan lepasan siswazah pendidikan DG41: RM2222.94
  • Graduan berkelayakan diploma pendidikan dan ijazah sarjana muda dengan kepujian DG41: RM2733.98
  • Graduan berkelayakan diploma pendidikan dan doktor falsafah (phD) DG41:RM3040.60

Selain daripada gaji pokok atau gaji permulaan guru, terdapat juga elaun-elaun seperti imbuhan tetap perumahan, bantuan sara hidup (Cola), imbuhan tetap khidmad awam, imbuham kawasan seperti di pedalaman, Sabah Sarawak dan sebagainya. Gaji bersih guru yang diterima oleh guru juga telah dipotong dengan KWSP pekerja. Jadual Gaji guru naik setiap tahun dalam lingkungan RM225 sehingga maksimum untuk Gred41 dan RM250 hingga maksimum untuk Gred DG44.

Pekerjaan guru walaupun ramai yang menganggapnya satu pekerjaan yang senang, tetapi realitinya kerjaya sebagai seorang guru untuk melaksanakan tugas dan mendidik anak murid/pelajar tidaklah semudah yang disangkakan dan banyak cabaran dalam mendidik anak bangsa demi generasi yang lebih baik  pada masa akan datang. Adakah anda berminat untuk menjadi guru? 🙂

7 Replies to “Berapa Gaji Permulaan Guru Di Malaysia Terkini

  1. Patut yang menggangur nak dapatkan kerjaya guru ni berlambak. Gaji boleh tahan dengan titik peluh mereka layan karenah budak sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *