Beza Isteri dan Kekasih Di Mata Lelaki (Suami)

Tahukah anda akan beza isteri dan kekasih bagi seorang lelaki bergelar suami? Dalam setiap perhubungan dengan orang yang berlainan, pasti layanan dan pandangan kita terhadap mereka juga berlainan. Antara isteri dan kekasih, anda semua pasti tahu kalau suadah beristeri memang tidak boleh ada kekasih lagi!Beza Isteri dan Kekasih Di Mata Lelaki (Suami)

Isteri boleh diibaratkan sebagai televisyen manakala kekasih pula boleh diibaratkan sebagai Smartphone. Apabila di rumah, tengok televisyen. Apabila keluar rumah, bawa smartphone keluar.

Memang kadang-kadang seronok menonton salauran televisyen, tetapi kebanyakan masa lebih banyak dihabiskan untuk bermain smartphone sama ada untuk facebook, instagram, twitter dan sebagainya.

Tapi, televisyen percuma sepanjang hidup, kalau tak guna boleh padam. Tapi smartphone pula kena selalu topup selalu dan perlu selalu keluarkan duit untuk terus menggunakannya. Kalau dah tak ada duit untuk beli topup, maka nombor handphone pun akan jadi tidak aktif dan tidak dapat digunakan lagi.

Televisyen bersaiz besar, berat dan susah untuk dipindahkan atau dibawa ke mana-mana. Smartphone pula bersaiz kecil, kurus dan ramping, dan sering dibawa kemana-mana. Malah kalau terlupa bawa, sanggup berpatah balik untuk mengambilnya.

Televisyen adalah jarang rosak dan oleh itu kos repair adalah sangat minimum. Sekali beli boleh pakai sehingga sepanjang hayat. Smartphone pula sentiasa ada masalah sama ada problem kecil atau besar dan tiada insurance serta kos repair memang mahal.

Bila kita bercakap dengan smartphone, dia akan menjawab kita semula. Tetapi bila kita bercakap dengan televisyen, dia akan asyik dengar cakap kita sahaja dan tidak menjawab. Lagi pun televisyen ada remote control yang boleh kita kawal ikut kehendak kita tetapi smartphone pula tiada remote control yang boleh kita gunakan untuk mengawalnya. Kelebihan televisyen cuma satu iaitu boleh menemankan kita untuk melakukan sesuatu di rumah walaupun kita tidak melayannya.

Oleh itu, anda pasti sudah tahu beza isteri dan kekasih bagi seorang lelaki bergelar suami bukan. Pengajarannya, jagalah televisyen (isteri) anda baik-baik dan jangan sesekali tinggalkan televisyen (isteri) untuk smartphone (kekasih) anda. – kakipromo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *