Beza Timing Chain dan Timing Belt Serta Tips Penjagaan

Adakah anda tahu akan beza chain dan timing belt ? Jika anda salah seorang pemilik kereta atau selalu memandu kereta maka anda perlu tahu serba sedikit mengenai cara penjagaan kereta dan salah satunya adalah mengenai penggantian timing belt atau timing chain.

beza-timing-chain-dan-timing-belt-mana-lebih-bagusApa sebab kita kena menggantikan timing belt atau timing chain kereta apabila rosak? Sebabnya mudah sahaja, iaitu safety dan juga cost. Timing belt atau timing chain ini perlu ditukar supaya pemanduan kita menjadi lancar dan juga untuk mengelakkan kerosakan yang lain kepada komponen kereta seperti enjin yang sudah pastinya akan menelan belanja yang lebih tinggi.

Oleh itu anda perlu tahu dulu akan beza timing belt dan timing chain. Setiap kereta akan menggunakan salah satu sama ada timing belt ataupun timing chain tetapi bukan kedua-dua sekali. Dibawah ini adalah beza timing chain dan timing belt untuk pengetahuan kita semua:

TIMING CHAIN
Timing chain tiada keperluan untuk ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Jangka hanyat penggunaan timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga lebih kurang 400,000 km.Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Oleh itu, asalkan minyak enjin atau minyak hitam sentiasa ditukar mengikut jadual yang betul dan mengikut parasnya di dalam enjin, maka lebih lama jangka hayat rantai tersebut boleh digunakan. Anda kena sentiasa pastikan anda mengikut cara penjagaan minyak enjin yang betul dan tepat.

TIMING BELT
Mungkin ada yang tertanya-tanya bila masa perlu tukar timing belt? Sebenarnya ia adalah bergantung kepada jenis kereta, misalnya kereta proton seperti proton saga adalah setiap 60,000 km, Mitsubishi sehingga 100,000km dan honda CRV pula boleh sampai sehingga 160,000km. Oleh itu penting bagi anda untuk mengetahui bila masa anda perlu menukar timing belt kereta anda. Timing belt biasanya tidak memberikan sebarang tanda akan kerosakannya atau masa dia putus walaupun sesetengah enjin kereta akan mengeluarkan bunyi jika ia putus. Untuk mengetahui sama ada bunyi enjin itu datangnya daripada timing belt, anda boleh jiruskan sedikit air pada timing belt berputar dan jika bunyi hilang lepas dijirus, tandanya timing belt kereta anda perlu diganti dengan yang baru. Biasanya timing belt putus akan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi disebabkan komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, retak ataupun patah. Oleh itu pastikan anda menukar timing belt anda mengikut jadual yang tepat.

MANA LEBIH BAGUS? TIMING BELT ATAU TIMING CHAIN?
Soalan ini agak subjektif bergantung kepada keperluan anda. Timing belt perlu ditukar setiap kali lebih kurang 60,000 – 100,000km manakala timing chain pula hanya perlu ditukar sekiranya mengeluarkan bunyi. Timing belt yang rosak akan menyebabkan kerosakan berjangkit kepada komponen lain di kereta.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com