Cara Berkesan Mengecilkan Punggung dan Peha Besar

Bagaimana cara berkesan mengecilkan punggung dan peha yang besar ? Memiliki punggung dan peha yang besar adalah sesuatu yang ingin dielakkan oleh majoriti besar kaum wanita. Biasanya kaum wanita adalah lebih cenderung mempunyai punggung dan peha yang besar berbanding kaum lelaki. Punca punggung dan peha besar adalah terdorong oleh beberapa faktor seperti hormon, pemakanan dan juga aktiviti seharian.

Ada diantara kita yang mempunyai badan yang langsing di bahagian atas badan tetapi besar di bahagian punggung dan peha. Ini sekaligus menjadikan bentuk badan kelihatan tidak berapa menarik dan tidak matching. Anda mesti berasa kecewa dan mengalami kesukaran seperti apabila membeli pakaian jika memiliki punggung dan peha yang besar bukan?Cara Berkesan Mengecilkan Punggung dan Peha BesarDibawah ini adalah beberapa cara mengecilkan punggung dan peha yang direcommend oleh ramai orang:

Melakukan senaman atau aktiviti yang boleh membantu membakar kalori dalam tubuh anda. Contoh aktiviti membakar kalori dengan cepat ialah berlari, menaiki bukit, berenang, badminton, tennis, lompat tali dan banyak lagi. Pendek kata, aktiviti yang memerlukan kaki dan punggung anda bergerak adalah yang terbaik untuk membakar lemak di punggung dan peha anda. Jika anda berada di rumah, anda boleh naik turun tangga di rumah atau melakukan senaman kardio yang fokus dengan punggung dan kaki anda. Dibawah ialah beberapa jenis senaman yang bagus untuk kecilkan peha dan punggung anda.

Cara Berkesan Mengecilkan Punggung dan Peha Besar

Selain itu, terdapat banyak jenis alat senaman jenis basikal atau jogging yang boleh anda beli dan guna jika anda serius untuk mengecilkan peha dan punggung anda dan juga menjadi lebih sihat.

Jaga pemakanan anda. Anda jangan mempunyai tabiat dan tanggapan bahawa anda boleh memberi ‘ganjaran’ terhadap diri anda selepas penat bersenam aau melakukan aktiviti membakar kalori dalam tubuh anda. Biasanya ramai orang yang mempunyai tabiat suka makan banyak-banyak apabila kepenatan, tapi anda kena ingat kalau anda makan banyak-banyak selepas penat membakar kalori maka usaha anda tadi boleh dikatakan sia-sia sahaja. Selain itu, kurangkan makan daging dan lebihkan sayuran dan buah-buahan dan kalau boleh makan lemak baik dan elakan makan lemak tidak baik yang menjadi salah satu punca lemak kita terkumpul pada satu tempat.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com