Cara Buat Air Detox di Rumah (Resepi Air Detox)

Tahukah anda apa itu air detox dan bagaimana cara buat air detox sendiri di rumah?? Air Detox adalah infused detox water yang merupakan campuran buah-buahan dengan air dan berfungsi untuk menyingkirkan segala jenis bahan yang memudaratkan serta tidak diperlukan oleh badan seperti toksin, lemak dan kotoran lain dalam badan. Proses detoksifikasi akan membolehkan badan kita lebih sihat dan bertenaga dengan memperbaiki sistem pencernaan dan penghadaman dalam tubuh kita.

Ada banyak jenis buah yang boleh anda gunakan untuk membuat air detox. Antaranya ialah lemon, tembikai, limau, epal, anggur, nanas, timun, strawberi dan lain-lain lagi. Setiap buah mempunyai khasiat yang berbeza antara satu sama lain sepert berikut:

Cara Buat Air Detox di Rumah (Resepi Air Detox) dan kelebihannya

  • LEMON – Sesuai untuk membantu sistem pencernaan dan kempiskan perut
  • OREN – Membantu melancarkan sistem peredaran darah dalam tubuh
  • TIMUN – Menyingkirkan toksin dalam badan dan penghidratan
  • LIMAU – Sebagai agen anti-penuaan dan awet muda
  • HALIA – Membantu menurunkan berat badan dan kempiskan perut
  • EPAL – Membantu kekalkan kesihatan tulang dan tisu badan
  • PUDINA – Membantu sistem penghadaman dalam badan
  • RASBERI – Sebagai agen anti-keradangan
  • KAYU MANIS – Mempercepatkan proses metabolisme dalam badam
  • ASAM KEPING – Membantu kempiskan perut dan turunkan berat badan
  • NANAS – Menghilangkan sakit sendi tulang
  • ANGGUR – Membantu melawan kanser

CARA MEMBUAT AIR DETOX DI RUMAH (RESEPI AIR DETOX):

  1. Pilih buah mana yang anda mahu dan potong hingga nipis
  2. Selepas itu, masukan potongan buah tadi ke dalam jar.
  3. Tambah atau letakan ais di atas potongan buah dalam jar tadi.
  4. Tambah air sehingga penuh dan tutup jar
  5. Biarkan untuk beberapa jam (6 jam ke atas) atau semalaman di dalam peti sejuk.

Bagaimana Cara Buat Air Detox dan kelebihan air detox

Selepas itu, anda boleh minum air detox pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu, sebaiknya waktu pagi tetapi waktu lain pun tak ada masalah.

KELEBIHAN AIR DETOX KEPADA KITA:

  1. Menurunkan berat badan dan mengempiskan perut yang boroi
  2. Membantu melancarkan sistem pencernaan dan penghadapan yang baik
  3. Menyingkirkan toksin dalam badan
  4. Mengandungi agen anti-penuaan atau awet muda
  5. Memberikan tenaga extra
  6. Membantu kecantikan wajah
  7. Menstabilkan paras gula dalam sistem badan

Senang bukan cara buat air detox di rumah? Selepas ini, anda bolehlah beli buah dan buat sendiri di rumah kan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *