Cara Buat Resepi Nasi Lemak Sedap Dan Mudah

Anda suka makan nasi lemak di Malaysia tak? Jom kita tengok cara buat resepi nasi lemak sedap dengan mudah. Mula-mula kita kena sediakan bahan-bahan untuk buat nasi lemak. Secara amnya, bahan nasi lemak terbahagi kepada dua iaitu bahan untuk nasi dan satu lagi bahan untuk sambal. Langkah pertama untuk buat nasi lemak ialah pergi bli dan dapatkan bahan-bahan secukupnya.

Cara Mudah Buat Resepi Nasi Lemak Sedap Di Malaysia

Bahan untuk nasi (Nasi Lemak):

  • 2-3 cawan beras
  • Secawan Santan
  • Secawan Air
  • Daun Pandan
  • Halia
  • Sedikit Garam

Campurkan semua bahan untuk nasi seperti yang disenarikan di atas dan kemudian masak seperti anda masak nasi biasa.

Bahan Untuk Sambal Nasi Lemak:

  • Semangkuk cili yang telah dikisar
  • 1 biji bawang besar yang dikisar
  • 4 biji bawang merah yang dikisar
  • Secawan Asam Jawa
  • 3 sudu gula
  • 1/2 sudu Garam

Bahan tambahan (Jika Mahu):

  • Ayam Goreng
  • Ikan Keli Goreng
  • Telur Rebus/Goreng
  • Timun
  • Kacang

Cara buat sambal nasi lemak: Bawang merah dan bawang putih perlu ditumbuk dahulu dan kemudian dikisar bersama-sama dengan cili dan juga halia. Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi dan kemudian masukan air asam jawa, ikan bilis (ditumbuk) dan tumis sehingga sikit garing dan juga pecah minyak. Selepas itu masukan gula dan masukan air dan garam sedikit-demi sedikit sampai sambal kelihatan pekat. Boleh tambah air kalau sambal nampak kering. Buat sambal ni kalau boleh nak ada rasa pedas dan manis sikit, memang sedap!

Cara Buat Resepi Nasi Lemak Sedap Dan Mudah

Kalau semua dah siap dimasak, nasi lemak anda sudah sedia untuk dimakan!

Kalau anda mahu buat nasi lemak mudah dengan lebih special, anda boleh tambah ayam goreng ke macam menu nasi lemak ayam di gerai-gerai makan atau tambah apa-apa sajalah. Biasa yang selalu kita jumpa ialah timun dan kacang dalam nasi lemak yang kita biasa beli di luar.

Nasi lemak memang makanan yang sangat popular di Malaysia dan menjadi salah satu makanan tradisi di negara kita ini. Sebenarnya, ada lagi cara membuat resepi nasi lemak sedap, tetapi caranya tidak banyak beza cuma mungkin bahan ada sedikit berlainan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *