Cara Daftar Perniagaan Online (SSM Online Registration)

Bagaimana cara daftar perniagaan online? Adakah anda tertanya-tanya dan kurang pasti sama ada perniagaan online seperti di social media (facebook, instrgram, twitter, etc) perlu dan wajib didaftar atau tidak?

Selepas itu adakah anda tahu prosedur bagaimana cara daftar perniagaan online (SSM Online Registration)? Buat pengetahuan anda semua, perniagaan online memang perlu dan wajib didaftar di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) walaupun sekadar perniagaan kecil-kecilan atau biasa-biasa sahaja. Tambahan lagi, melalui kenyataan dari SSM, perniagaan bersifat dropship juga wajib didaftarkan.

Oleh itu, kalau takut kena saman dan untuk rasa lebih selamat, maka lebih baik kita mendaftar apa-apa juga jenis perniagaan kita bukan? Sekarang ini anda boleh daftar perniagaan SSM secara online sahaja kalau anda malas untuk pergi ke cawangan SSM yang berdekatan. Pendaftaran perniagaan boleh dibuat secara online atau di cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja.

Bagaimana Cara Daftar Perniagaan Online (SSM Online Registration)

Berikut merupakan prosedur dan Langkah-langkah untuk mendaftar perniagaan online (SSM registration):

  1. Mula-mula, sila layari website SSM iaitu www.ssm.com.my
  2. Kemudian, sila Pergi ke e-lodgement di bahagian sebelah kanan.
  3. Pergi ke menu PSP User Registration. Disini anda kena register terlebih dahulu dan mengisi semua butiran yang diperlukan. Selepas itu, anda submit dan anda kena tunggu email pengesahan dari mereka.
  4. Anda mungkin kena tunggu dahulu sebab Dari pengalaman admin, dalam masa lebih kurang sehari barulah email pengesahan (verification) itu diterima masuk ke email kita.
  5. Selepas mendapat email pengesahan, barulah anda boleh mula mendaftar di link SSM Subscriber Registration. Sila isikan semua borang yang diperlukan. (Jika berlaku masalah daftar perniagaan online seperti paparan tidak sempurna, anda kena pastikan PC/laptop anda ada Adobe Reader).
  6. Kemudian, sila Pilih ROB (Business) dan disini anda kena bayar caj RM5 dan pilih cara pembayaran yang anda mahu.  Admin pilih FPX Transaction sebab lebih mudah bagi admin.
  7. Langkah seterusnya ialah daftar nama perniagaan iaitu nama untuk bisnes anda. Pergi ke paparan Application for Business Name Approval (ROB) di menu e-lodgement. Kemudian, anda perlu isi borang dan kemudian submit untuk ke langkah seterusnya. Okay, selepas step ini, anda kena tunggu  email pengesahan dari SSM sama ada nama perniagaan yang anda pilih itu dibenarkan atau tidak. Anda mungkin kena tunggu sehari dua untuk dapat email pengesahan business name approval itu.  Anda kena memohon nama perniagaan yang lain jika permohonan anda tidak diapprove SSM.
  8. Prosedur seterusnya, anda daftar perniagaan online pula, sila pergi ke Online Registration of Business (ROB) di e-lodgement). Sila Isi semua detail yang diperlukan di Form A. Anda boleh abaikan Step ke-2 itu kalau tiada cawangan. Bagi Step ke-3, anda jangan lupa untuk tick nombor “1” yang berwarna merah itu (nombor itu sangat kecil dan mungkin anda terlepas sebab tidak perasan). Akhir sekali anda boleh submit borang itu.  Anda kena buat pembayaran RM60 untuk pendaftaran selama setahun. Anda boleh bayar secara online sahaja.
  9. Selepas itu, anda kena tunggu email pengesahan perakaunan pendaftaran perniagaan anda yang menandakan perniagaan anda kini berdaftar dengan SSM. Email ini mungkin sampai dalam masa sehari.
  10. Done! Anda kini memiliki pernagaan yang berdaftar dan sah.

Cara Daftar Perniagaan Online (SSM Online Registration) e-lodgement

Important Notes: Tips dan langkah-langkah cara daftar perniagaan online ini adalah untuk pendaftaran di Semenanjung Malaysia sahaja. Untuk daftar perniagaan Di Sarawak dan Sabah, pendaftaran bukanlah melalui SSM. Perniagaan yang berdaftar juga akan memastikan client atau customer anda lebih yakin dan percaya apabila berurusan dengan anda.

25 Replies to “Cara Daftar Perniagaan Online (SSM Online Registration)

  1. Saya tak dpt mcm yg admin buat yg langkah isi borang dan bayar rm5 tu. bagaimana ye? sy nak sgt daftar online , nak pergi ssm jauh

  2. Salam admin. Tumpang tanya. Saya dalam proses mendaftar SSM tetapi stuck di bahagian SSM subscriber registration.. Mohon pencerahan

  3. saya nk tanya dalam ruangan jenis perniagaan ,boleh tak saya tulis “menjual pelbagai barangan secara online dan konvensional” tq admin

  4. Adakah dropship juga perlu mendaftar di ssm?? Sedangkan saya hanya mempromote barang kepada orang ramai. Malah segala urusan pengeposan barang diuruskan oleh syarikat yang telah berdaftar dengan ssm. Mohon pencerahan

  5. Semua dah explain cara daftar online. Macamana pula cara nak tamatkan syarikat secara online pula. Saya nak tutup syarikat enterprise. Tapi bagaimana caranya kalau nak guna cara online sahaja?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *