Cara Hilangkan Bekas Jerawat Di Muka Dengan Berkesan

Apakah cara hilangkan bekas jerawat di muka dengan cepat dan berkesan? Kita mesti berasa gembira apabila berjaya mengatasi masalah jerawat di wajah kita bukan? Walaubagaimanapun, tidak semua yang boleh digembirakan sangat apabila terdapat beberapa jerawat yang meninggalkan kesan atau bekas di muka kita.

Walaupun tiada lagi jerawat di muka kita, tetapi bekas jerawat di muka menjadi satu lagi masalah untuk kita untuk memiliki kulit wajah yang licin, cantik dan tampil lebih menarik.

Apa cara hilangkan bekas jerawat di muka yang boleh kita lakukan bagi mengembalikan seri di wajah kita?

Tips Petua Cara Hilangkan Bekas Jerawat Di Muka Cepat dan Berkesan

Salah satu cara ialah menggunakan produk yang banyak dijual di pasaran tetapi walaupun ada yang terbukti berkesan menghilangkan bekas jerawat, namun harganya juga agak mahal dan ramai yang tidak mahu mengambil risiko melainkan produk itu terjamin betul-betul dapat mendatangkan hasil yang diharapkan.

Cara yang kami ingin kongsikan ialah petua cara hilangkan bekas jerawat di muka yang tidak memerlukan belanja yang besar:

Lidah Buaya
Khasiat lidah buaya memang tidak dapat dinafikan lagi apabila sering dijadikan ramuan untuk ubat-ubatan dan juga produk-produk kesihatan. Tetapi, tahukah anda bahawa lidah buaya juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan bekas jerawat di muka? Sapukan gel dari lidah buaya ke tempat atau bekas jerawat di muka anda dan biarkan seberapa lama yang mungkin. Lakukan setiap hari dan mudah-mudahan parut atau bekas jerawat anda akan semakin menghilang.

Telur putih dan madu
Anda boleh menggunakan telur putih sahaja jika tidak ada madu. Tapi jika anda dapat mencari madu beserta dengan telur puti sekali, campurkan keduanya untuk dibuat ramuan masker madu + telur. Asingkan dulu telur putih dari kuning telur sebelum campurkan dengan madu. Seeloknya lumurkan di bahagian muka sepanjang malam iaitu sebelum tidur dan cuci muka apabila bangun keesokan harinya.

Jeruk Nipis
Jeruk nipis juga merupakan salah satu petua hilangkan bekas jerawat di muka. Caranya ialah seperti yang lain iaitu sapukan ke bahagian muka yang ada bekas jerawat dan biarkan seketika (lebih kurang 30 minit) sebelum cuci muka anda engan air. Jeruk nipis kaya dengan kandungan vitamin C dan boleh merangsang sel kulit yang mati dan sebab itu sesuai digunakan untuk hilangkan bekas jerawat dengan cepat dan berkesan.

Sekian 3 petua cara menghilangkan bekas jerawat di muka kita. Anda boleh tengok juga cara hilangkan bintik hitam di muka dengan berkesan.

2 Replies to “Cara Hilangkan Bekas Jerawat Di Muka Dengan Berkesan

  1. Tips yang bagus untuk hilangkan bekas jerawat. Mek ila pula amalkan serbuk ajaib. Makin pudar parut-parutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *