Cara Hilangkan Bintik Hitam Di Muka Dengan Berkesan

Entry kali ini, kami ingin berkongsi tentang tips cara hilangkan bintik hitam di muka dengan berkesan. Masalah bintik hitam (blackhead) memang menjadi salah satu masalah utama bagi lelaki mahupun perempuan apabila mula meningkat dewasa. Bintik hitam ini boleh menjadi punca seseorang itu tidak berpuas hati dengan penampilan diri serta meyebebabkan sesetengah orang berasa geli tengok wajah kita jika terlampau teruk. Bagi perempuan, pastinya bintik hitam ini menjadi masalah buat mereka yang inginkan kulit yang cantik dan licin.Tips Cara Hilangkan Bintik Hitam Di Muka Dengan Berkesan

Apa punca bintik hitam di muka kita? Bintik hitam di muka biasanya terjadi disebabkan liang-liang pori di muka tersumbat dengan kotoran seperti minyak dan debu. Bintik-bintik hitam ini akan kekal di muka jika dibiarkan dan semakin lama semakin susah untuk dibuang.

Mari kita tengok beberapa tips petua hilangkan bintik hitam di muka dengan berkesan:

Putih Telur
Antara cara yang paling mudah digunakan disebabkan telur memang senang untuk dicari di mana-mana kedai runcit. Cara menggunakan telur ini ialah asingkan kuning telur dengan putih telur dan gunakan sapukan putih telur tadi ke bahagian muka kita dengan tisu. Biarkan ianya kering di muka selama lebih kurang 20 minit sebelum menarik tisu tersebut. Selepas itu basuh wajah anda dengan air sehingga bersih.

Madu
Sapukan madu di bahagian muka anda yang ada bintik-bintik hitam. Madu ini akan berfungsi untuk menanggalkan bintik-bintik hitam tadi dari liang roma anda. Selepas beberapa minit, basuh wajah anda dengan menggunakan air suam.

Gunakan air suam kuku/sedikit panas
Tujuan menggunakan air suam kuku ini adalah untuk membuka liang pori di muka dan seterusnya memudahkan kita mencuci kotoran di wajah. Caranya ialah dengan bilas bahagian muka dengan air suam kuku ini dan kemudian gosok atau bahagian muka sebelum bias dengan air.

Gunakan tanah liat
Ambil sedikit tanah liat dan campurkan dengan air. kemudian sapukan ke seluruh wajah dan biarkan lebih kurang 15 minit. Selepas itu basuhlah muka anda seperti biasa.

Gunakan pencuci muka (Facial Wash)
Cara ini paling banyak orang gunakan pada masa sekarang tidak mengira sama ada lelaki ataupun perempuan. Walaubagaimanapun, pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka adalah paling penting bagi membolehkan kita hilangkan bintik hitam di muka dengan berkenan. Ini kerana, setiap orang mempunyai kulit yang berbeza dan mungkin pencuci muka itu sesuai untuk kulit wajah kawan kita tapi tidak sesuai untuk kulit muka kita.

Selain daripada cara hilangkan bintik hitam di muka yang diterangkan di atas, ada banyak lagi cara yang boleh anda praktikan seperti guna Yogurt (sapukan dimuka) dan macam-macam lagi. Yang terbaru  dan menjadi viral baru-baru ini, anda juga boleh cuba cara menghilangkan bintik hitam guna berus gigi sahaja. Jika anda cuba satu-satu, anda akan tahu mana yang paling berkesan untuk kulit anda. [ Tengok Petua hilangkan jerawat dan jeragat]

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com