Cara Hilangkan Rasa Letih dan Mengantuk Dengan Berkesan

Adakah anda tahu cara hilangkan rasa letih dan mengantuk dengan berkesan? Mengapa kita rasa mengantuk dan letih walaupun setelah kita mendapat waktu tidur yang cukup?  Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan kita mudah merasa mengantuk dan tidak bersemangat untuk melakukan aktiviti seharian seperti kerja di pejabat ataupun mengemas rumah.

Cara Hilangkan Rasa Letih dan Mengantuk Dengan Berkesan Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk kurangkan rasa mengantuk dan rasa letih walaupun kita tidak membuat kerja yang berat? Jom kita tengok beberapa tips cara hilangkan rasa letih dan mengantuk dengan berkesan:

Dapatkan Tidur Secukupnya (Hilangkan Rasa Letih dan Mengantuk)
Salah satu punca utama kenapa kita selalu rasa mengantuk dan letih ialah disebabkan tidak mendapat tidur yang secukupnya. Kurang tidur menyebabkan badan kita tidak bertenaga sepenuhnya dan menyebankan kita kurang bermaya dan rasa mengantuk apabila melakukan aktiviti seharian. Orang dewasa memerlukan 6 hingga 8 jam sehari waktu tidur yang cukup untuk menjadikan mereka lebih bersemangat apabila bangun dari tidur dan melakukan aktiviti seharian.

Bersukan, bersenam atau buat sedikit regangan badan
Melakukan aktiviti sukan seperti bermain bolasepak, futsal, badminton, bola tampar, ping-pong, tennis dan sebagainya boleh menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga. Walaubagaimanapun, jika anda tiada masa untuk bersukan, anda tetap boleh melakukan senaman di rumah atau paling tidakpun melakukan regangan badan bagi membolehkan badan anda rasa lebih selesa.

Ambil Sarapan Pagi
Ramai orang yang tidak mengambil berat tentang kepentingan mengambil sarapan pada waktu pagi, tetapi sarapan sebenarnya sangat penting untuk memberi tenaga kepada kita seawal pagi untuk melakukan aktiviti seharian. Kita juga boleh menghilangkan rasa lapar dengan bersarapan pagi. Jika kita rasa lapar, badan kita akan mudah rasa letih dan menyebabkan kita mengantuk dan boleh tertidur.

Diet Makan yang Mencukupi
Jika anda sedang dalam diet, jangan lupa untuk mengambil makanan yang mencukupi untuk badan anda bertenaga sepenuhnya. Jangan biarkan rasa lapar berpanjangan dan sanggup tidak makan semata-mata ingin kurus atau mahu kurangkan berat badan. Badan yang kekurangan air atau zat makanan akan membuatkan tubuh kita tidak bermaya dan rasa letih/mengantuk.

Itu adalah lima tips cara hilangkan rasa letih dan mengantuk yang boleh anda praktikan. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya setiap hari demi kecergasan badan anda dalam melakukan aktiviti seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *