Cara Hitamkan Rambut Dan Mengatasi Rambut Beruban

Tahukah anda akan tips dan petua cara hitamkan rambut dan mengatasi rambut beruban sebelum waktunya? Adakah anda mengalami masalah rambut beruban pada usia dimana rakan-rakan sebaya anda masih lagi mempunyai rambut yang hitam dan sihat? Terdapat banyak faktor yang menyebabkan warna rambut yang asalnya hitam berubah warna menjadi putih (beruban) dengan cepat.

Salah satu faktor yang boleh diterima ialah faktor usia, tetapi tahukan anda ramai orang yang mengalami masalah rambut beruban sebelum waktu yang sepatutnya? Antara faktor yang menyebabkan rambut beruban ialah faktor genetik, stress, penggunaan syampu atau minyak rambut yang tidak sesuai dan juga faktor persekitaran (cuaca panas dan selalu berjemur).

Kalau dulu kami pernah berkongsi mengenai cara melebatkan rambut yang jarang atau gugur, disini kami ingin berkongsi mengenai petua dan cara hitamkan rambut dan cara mencegah rambut beruban dengan cepat.

Tips dan Petua Cara Hitamkan Rambut Dan Mengatasi Rambut Beruban

Daun Kari
Tahukah anda daun kari telah digunakan oleh kaum India seagai salah satu rahsia kecantikan rambut mereka sejak turun temurun. Cara menggunakan daun kari untuk menghitamkan rambut adalah dengan campurkannya dengan minyak kelapa sebelum dimasak dengan api. Masakan daun itu sehingga habis hangus sepenuhnya sebelum biarkannya sejuk. Minyak hasil dari daun kari ini digunakan sebagai minyak rambut dan buat selalu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Putih Telur
Putih telur merupakan salah satu bahan petua mencegah rambut beruban serta menghitamkan rambut seperti sedia kala. Cara menggunakan putih telur ialah ambil telur ayam dan pecahkan untuk mengambir putih telur sahaja. Selepas itu campurkan sedikit dengan air dan sedikit garam halus sebelum gaulkan sehingga rata. Selepas itu,sapukan pada rambut dan urutkan rambut dengan pelahan-lahan lebih kurang 5-10 minit. Kemudian, biarkan sehingga lebih kurang 2 atau 3 jam sebelum basuh rambut dengan air.

Bagaimana cara mengatasi rambut beruban dengan cepat?
Kita juga boleh mengawal keadaan rambut kita daripada beruban dengan menggunakan air teh dan garam. Cara mengatasi rambut beruban serta cara hitamkan rambut dengan berkesan menggunakan air teh dan garam ialah masukan garam kepada secawan teh panas dan pekat. Kemudian, sila kacau sehingga garam habis larut sepenuhny dan sebati dengan air teh. Selepas itu, tunggu dalam 20-30 minit sehingga air teh tadi sudah tidak panas lagi dan sejuk ke suhu bilik. Ambil air teh dan tuangkan air teh ke kesemua bahagian rambut dan kemudian urut rambut dengan pelahan-lahan. Kemudian biarkan selama lebih kurang 2 jam sebelum cuci rambut dengan air. Amalkan dengan kerap untuk melihat perubahan yang memuaskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *