Cara Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak Berkesan

Pada musim panas dan suhu persekitaran asyik kering sahaja, memang ada diantara kita yang mengalami masalah sakit tekak dan batuk-batuk. Oleh itu sangat penting untuk mengetahui cara melegakan batuk dan sakit tekak berkesan untuk kesihatan kita. Musim jerebu, ataupun panas yang berpanjangan antara punca yang boleh menyebabkan sakit tekak dan batuk-batuk, lebih-lebih lagi kalau anda ada atau pernah kena asma.

Salah satu penyebab sakit tekak dan batuk ialah kurang minum air dan menyebabkan tekak kita cepat kering. Apabila tekak kering, kita akan mula batuk-batuk. Tapi, minum air sahaja kadang-kadang masih tidak mencukupi untuk melegakan batuk dan sakit tekak. Minum banyak-banyak air pun, kalau tekak berasa tidak selesa kita akan mula batuk.

Tips dan Petua Cara Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak Berkesan

Cara Melegakan Batuk dan Sakit Tekak Berkesan, Hilangkan Batuk dan Kahak:

Cara yang berkesan ialah pergi ke klinik/hospital atau farmasi untuk mendapatkan ubat batuk yang berkesan. Kalau anda tidak pasti, ubat batuk yang mana sesuai untuk anda, boleh tanya pihak klinik/hospital/farmasi tentang keadaan anda, nanti mereka boleh suggest ubat yang sesuai.

Petua Melegakan Batuk dan Sakit Tekak:

Limau dan Madu
Madu memang banyak kegunaaan dan salah satu daripadanya ialah dapat mengurangkan sakit tekak dan melegakan tekak kita. Tips legakan batuk dengan limau dan madu ialah campurkan madu dengan limau yang diperah, kemudian minum. Cara ini memang merupakan petua orang dulu-dulu sebagai petua hilangkan batuk dan kahak.

Cara Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak Berkesan Petua hilangkan batuk dan kahak

Minum Jus Asam Jawa
Caranya senang sahaja iaitu masukkan asam jawa ke dalam segelas air dan kacaukan seperti yang selalu anda buat. Lepas itu anda boleh minum jus Asam Jawa itu. Jus asam jawa memang terbukti boleh melegakan tekak.

Minum Jus Timun
Macam tadi, anda kisarkan dulu timun dan minum jus timun. Kalau nak makan terus tanpa kisarkan pun boleh, cuma kalau minum jus, feel dia lain sikit hehe.

Berkumur Dengan Air Garam
Air garam sebenarnya boleh membantu untuk membersihkan kahak. Caranya ialah dengan campurkan garam dengan segelas air dan berkumur sampai air tu habis. lagi banyak anda berkumur dengan air garam, lagi bagus sebab boleh legakan tekak.

Semasa kita sakit tekak, kurangkan bercakap kerana menyebabkan tekak cepat kering, kurangkan aktiviti di luar, berehat secukupnya dan minum banyak air. Selain itu, gula-gula yang berangin seperti hacks, strepsil dan fisherman’s friend juga boleh membantu untuk melegakan batuk dan sakik tekak. Jika anda sakit tekak dan batuk berlarutan berminggu-minggu, eloklah cepat-cepat berjumpa dengan doktor sebelum sakit berlarutan. Apa lagi petua cara melegakan batuk dan sakik tekak yang berkesan?

2 Replies to “Cara Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak Berkesan

  1. petua lg:
    dua ulas bawang putih, bakar dgn kulit skli smpai hitam. cuci utk buang kulit. makan 3 mlm berturut2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *