Cara Membakar Lemak Setiap Hari Dengan Cepat

Tahukah anda macam mana cara membakar lemak setiap hari dengan cepat dan berkesan? Setiap kali selepas makan makanan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan kita merasa sedikit menyesal kerana tidak dapat mengawal tabiat pemakanan kita. Tapi, apakah daya kita untuk menolak kalau godaan makanan ini terlalu tinggi dan sukar untuk ditolak lebih-lebih lagi kalau makanan tersebut sangat menyelerakan, bukan?Cara Membakar Lemak Setiap Hari Dengan Cepat Dan Berkesan

Sepertimana yang direkomen oleh pakar kesihatan dan nutrisi, apabila kita memakan banyak makanan berlemak dan berkalori tinggi, pastikan kita melakukan sesuatu untuk membakar lemak tersebut. Disini ada beberapa tips atau cara membakar lemak badan yang boleh anda lakukan secara harian.

Berjalan
Selepas makan jangan terus duduk atau berbaring. Seeloknya anda berjalan-jalan sekejap untuk membakar sedikit lemak di tubuh anda. Jika anda terus berehat selepas makan, maka lemak akan terkumpul dan menjadi susah untuk disingkirkan dari badan di kemudian hari.

Air Teh Hijau dan Yogurt
Minuman ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi sebab ianya memang sangat popular dan direkomen oleh ramai orang disebabkan keberkesannyan membantu kita menguruskan badan. Teh hijau ini mengandungi antioksidan, EGCG yang membantu membakar lemak dalam badan kita.

Yogurt sangat membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam tubuh kita. Pengambilan yogurt akan membantu tubuh kita membakar lemak dalam waktu yang singkat.

Selain teh hijau dan yogurt, terdapat juga beberapa jenis makanan lain yang membantu mempercepatkan lagi pembakaran lemak di badan kita seperti yang pernah kami terangkan dalam entri senarai makanan pembakar lemak yang berkesan dan pantas.

Jangan Duduk Terlalu Lama
Duduk terlalu lama sama ada di office ataupun di rumah semasa menonton tv, menggunakan gadget dsb akan menyebabkan kemampuna tubuh kita untuk membakar lemak akan berkurangan. Jika kerja anda memang memerlukan anda duduk, pastikan untuk setiap selang masa, anda akan berdiri ataupun berjalan-jalan sekejap contohnya ke bilik air dan sebagainya.

Senaman dan Bersukan
Jika anda mempunyai masa lapang, anda boleh peruntukkan masa tersebut untuk melakukan senaman ringan ataupun lebih bagus lagi terus bersukan. Antara sukan yang bagus untuk membakar lemak adalah seperti berenang, berbasikal, badminton, dan sebagainya. Dengan bersenam atau bersukan ini, lemak di tubuh badan kita akan lebih mudah menjadi cair dan akan hilang dengan lebih cepat.

Selain daripada cara membakar lemak yang disenaraikan di atas itu, tahukan anda baru-baru ini akan penemuan oleh doktor di eropah akan resepi rahsia yang boleh mencairkan lemak dalam beberapa hari sahaja? Anda mungkin ingin mencuba resepi minuman cairkan lemak ini dengan sendiri untuk mengetahui sejauh mana kebenarannnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *