Cara Membuat Resepi Ayam Panggang Sedap Dimakan

Hai, anda semua suka makan ayam panggang tak? Jom kita tengok cara membuat resepi ayam panggang sedap untuk dimakan bersama-sama. Pertama sekali, kita mestilah mencari semua bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam panggang. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi ayam panggang tidaklah rumit dan senang untuk dicari.

Selepas itu barulah kita boleh terus ke peringkat seterusnya iaitu menyediakan dan memanggang ayam tersebut sebelum kita memakannya.

Bahan-bahan resepi ayam panggang sedap (3 orang makan):

  • 3 ketul peha ayam
  • 2 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 4 sudu madu
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu kicap manis
  • Sedikit cili
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam (secukup rasa)

Cara Membuat Resepi Ayam Panggang Sedap Dimakan

Cara-cara membuat ayam panggang sedap dengan mudah:

  1. Mula-mula, cuci 3 ketul peha ayam tadi dengan air sehingga bersih
  2. Bawang dan halia dicampurkan dan ditumbuk halus
  3. Campurkan semua sekali bahan-bahan, bawang, halia, serbuk lada hitam, cili, garam, madu, kicap manis  dan sos tiram. Gaulkan semuanya sehingga semua rata.
  4. Campurkan semua bahan tadi dengan peha ayam dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Perap selama lebih kurang 1 jam hingga 2 jam.
  6. Akhir sekali panggang ayam tersebut sehingga masak (Jika anda mahu cepat boleh guna pemanggang ajaib)

Selepas semua langkah-langkah diatas sudah selesai, maka anda bolehlah menyediakan ayam panggang anda untuk dimakan untuk 3 atau 4 orang 🙂

4 Replies to “Cara Membuat Resepi Ayam Panggang Sedap Dimakan

  1. oo camtu yek.. mmg rasanya aku bake lama sket.. sbb cucuk2 chseee tu mcm x masak lg.. so biar lagi.. kena try lagi nie :)thks for the tips yaye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *