Cara Membuat Resepi Cekodok Pisang Sedap

Anda suka makan cekodok pisang tak? Mari kita belajar cara membuat resepi cekodok pisang sedap dengan mudah dan cepat. Cekodok pisang ini memang sangat seronok dimakan terutama pada waktu petang ketika berehat ataupun semasa menonton TV di rumah. Kalau anda suka makan pisang, maka anda sudah pasti akan lebih suka makan cekodok pisang ini.Cara Membuat Resepi Cekodok Pisang Sedap Dengan Mudah dan Cepat

Bahan-bahan untuk membuat cekodok pisang adalah sangat senang untuk diperoleh dan juga tidak perlukan bahan yang banyak. Selain itu, masa untuk menyiapkan keseluruhan hidangan cekodok pisang juga tidak lama dan cuma memakan masa kurang dari 30 minit sahaja. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara untuk membuat resepi cekodok pisang dengan mudah dan cepat:

Bahan-Bahan Cara Membuat Resepi Cekodok Pisang Sedap:

  • Pisang (12 biji-bergantung kepada banyak mana cekodok pisang yang anda ingin buat)
  • Secawan Tepung gandum
  • Sedikit gula dan garam
  • 2 sudu Planta (Mentega)

Langkah-langkah membuat resepi cekodok pisang:

  1. Sediakan pisang dalam kuantiti yang banyak terlebih dahulu. lagi banyak pisang, maka lagi banyak cekodok pisang yang boleh kita buat 🙂
  2. Ambil satu bekas dan lenyekan pisang sehingga hancur. Campurkan sekali dengan planta (mentega) gula, garam dan tepung gandum. Kalau masih belum biasa buat cekodok pisang, anda boleh masukan tepung gandum sikit-sikit terlebih dahulu bagi mendapatkan adunan yang terbaik (tidak terlalu lembik dan juga tidak terlalu padat/gebu).
  3. Masukan minyak dalam kuali dan panaskan dengan api saiz sederhana. Selepas itu, masukan adunan pisang tadi perlahan-lahan ke dalam kuali. Masukan seberapa banyak yang boleh dimuatkan ke dalam kuali.
  4. Kacau dan terbalikan adunan pisang di kuali dari semasa ke semasa supaya semua bahagian masak dan rangup. Teruskan goreng sehingga adunan pisang berwarna keperangan/keemasan dan terapung menandakan ianya sudah masak.
  5. Ambil cekodok pisang yang telah masak dan boleh dihidangkan serta merta.

Sekian sahaja cara membuat resepi cekodok pisang sedap dengan cepat dan mudah. Selepas ini, anda bolehlah cuba sendiri di rumah ya.

3 Replies to “Cara Membuat Resepi Cekodok Pisang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *