Cara Membuat Resepi Char Kuey Teow Sedap Dimakan

Bagaimana cara membuat resepi Char Kuey Teow yang sedap dan menyelerakan? Kalau anda suka makan Char Kuey Teow terutama Char Kuey Teow Penang yang sedap dan popular itu, anda pasti teringin untuk makan lagi kecuali anda jenis yang tidak suka langsung makanan yang pedas.

Tetapi, agak jarang untuk kita jumpa Char Kuey Teow yang dimasak di rumah melainkan di kedai-kedai makan. So, kali ini, kami ingin berkonsi sedikit resepi cara membuat dan memasak Char Kuey Teow supaya anda boleh cuba buat sendiri di rumah.

Mula-mula sediakan semua bahan-bahan resepi Char Kuey Teow yang diperlukan seperti berikut:

  • 130 gram kuey teow
  • 2 ekor udang
  • tauge dan kuchai
  • 2 sudu minyak masak
  • Cili Kisar
  • 10 ekor isi kerang
  • Sebiji telur ayam
  • 60ml kicap CKT

Cara Membuat Resepi Char Kuey Teow Sedap Dimakan

Prosedur cara-cara membuat resepi Char Kuey Teow :

  1. Pertama sekali, kisarkan terlebih dahulu cili dan simpan di mangkuk kosong.
  2. Kemudian, masukan minyak ke dalam kuali dan masukan sekali udang yang dibeli tadi.
  3. Selepas itu, masak kan udang dengan menggunakan api yang kuat. Sebaik sahaja udang masak, masukan cili yang telah dikisar tadi.
  4. Cili itu dimasak sekejap dan slowkan api. Selepas itu, masukan Kuey Teow, kerang, taugeh dan kuchai ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati dan kuatkan semula api.
  5. Selepas itu, masukan telur ayam dan kicap CKT ke dalam kuali. Kuatkan api dan tunggu sehingga telur menjadi separuh masak. Kemudian tutup api dan gaulkan bahan-bahan dalam kuali tadi itu sehingga sebati dan angkat sebelum kicap menjadi kering.
  6. Siap, Char Kuey Teow anda telah pun siap dan sedia untuk dimakan.

2 Replies to “Cara Membuat Resepi Char Kuey Teow Sedap Dimakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *