Cara Membuat Resepi Tart Telur Sedap Dan Mudah

Jom kita belajar cara membuat resepi tart telur yang sedap dan mudah. Anda semua mesti pernah makan tat telur bukan? Kalau belum pernah, anda boleh pergi ke bakery yang berhampiran anda dan cuba sendiri. Kami yakin kalau anda memang suka makan kuih atau kek, anda pasti akan menyukai tart telur dan sudah pasti teringin hendak makan lagi disebabkan rasanya yang sedap dan menyelerakan.Cara Membuat Resepi Tat Telur Sedap Dan Mudah Serta Bahan-bahannya

Walaubagaimanapun, adakah anda tahu akan rahsia cara membuat resepi tart telur dan bagaimana cara-cara dan langkah untuk membuatnya? Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda cara membuat resepi tat telur yang mudah tapi sedap untuk dimakan.BAHAN-BAHAN RESEPI TART TELUR YANG DIPERLUKAN:

  • Secawan¬†cawan marjerin
  • Sebiji Telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • Esen Vanilla
  • 2 Cawan Tepung Gandum

CARA-CARA DAN LANGKAH:

  1. Putarkan marjerin dan gula halus sehingga kembang
  2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Gaul dan kacau sehingga doh tidak melekat pada tangan.Masukan ke dalam acuan tat tadi.
  4. Bakar Tat Telur dengan suhu sekitar 170C – 180C selama lebih kurang 10 hingga 15 minit.

BAHAN-BAHAN UNTUK FILLING:

  • Secawan Susu Cair
  • Secawan Air
  • Secawan Gula
  • Sesudu tepung jagung/tepung kastard
  • Esen Vanilla
  • Pewarna kuning (jika mahu letak)

Cara Membuat Resepi Tat Telur Sedap

CARA-CARA DAN LANGKAH:

  1. Cara-caranya ialah dengan mencampurkan semua sekali dan kacau atau gaulkan sehingga rata dan sebati.
  2. Bakar terlebih dahulu dalam 10 hingga 15 minit dan tunggu hingga sejuk baru letakan filling dalam pastry. Kemudian bakar lagi dalam masa lebih kurang 10 minit.
  3. Anda juga boleh masukan terus filling ke dalam pastry yang belum dibakar dan kemudian bakarkan. Tetapi, ramai orang galakkan untuk bakar dulu sebelum letak filling sebab lebih rasanya akan lebih sedap dan rangup.

Selepas dibakar, tart telur sudah boleh siap sedia untuk dihidangkan dan dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *