Cara Memohon Pekerjaan Petronas Malaysia

Petronas, salah satu company terbesar dan berstatus worldwide dari Malaysia. Admin yakin mesti ramai yang berminat untuk memohon pekerjaan Petronas Malaysia ini kan? Siapa yang tidak mahu sebab gaji kerja Petronas sememangnya lebih tinggi dan lumayan berbanding sebahagian besar pekerjaan di Malaysia ini.

Kerja Kosong Petronas seperti Petronas Carigali biasanya diwar-warkan di media-media seperti suratkhabar, website dan juga media social yang lain.

Peluang pekerjaan dengan Petronas memang meluas dan setiap tahun mesti ada iklan kerja Petronas termasuk juga program seperti INSTEP dan sebagainya.

Cara Memohon Pekerjaan Petronas Malaysia

Bagaimana cara memohon pekerjaan Petronas? Jika anda berminat untuk kerja dengan Petronas, anda boleh berbuat demikian dengan register di website discoverpetronas.com. Website ini ialah website official Petronas untuk recruitment pekerja-pekerja yang baru.

Jika anda melayari website discoverpetronas tersebut anda boleh melihat menu di atas iaitu untuk graduates, experienced professional, industrial training dan Graduate Employability Enhancement Scheme (G.E.E.S).

Cara Memohon Pekerjaan Petronas Malaysia Jawatan Kosong

Anda boleh memilih mana-mana yang berkaitan dengan anda semasa memohon pekerjaan Petronas:

  • Graduates
    Untuk anda yang baru graduate dan pengalaman kerja masih tidak berapa banyak
  • Experienced Professional
    Pemohon yang mempunyai pengalaman meluas dalam bidang yang mereka ceburi dan mempunyai pengetahuan yang mendalam
  • Industrial Training Petronas
    Student yang ingin membuat latihan industri dengan Petronas
  • Graduate Employability Enhancement Scheme (G.E.E.S)
    Program soft skill dengan kerjasama antara Petronas dan kerajaan Malaysia khas untuk pelajar lepasan Ijazah dan mengambil masa selama 8 bulan.
    i)   2 bulan focus dengan soft skill – Elaun RM500/month
    ii)  6 bulan On-job-training – Elaun RM1000/month

Anda boleh pergi ke menu APPLY NOW di website tersebut untuk memohon pekerjaan Petronas yang bersesuaian dengan kelayakan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *