Cara Memujuk Isteri Merajuk dan Marah Dengan Anda

Bagaimana cara memujuk isteri merajuk dan marah dengan anda yang boleh si suami praktikan? Dalam setiap rumah tangga, pergaduhan memang tidak dapat dielakan antara suami isteri. Malah, memang sesuatu yang mustahil kalau suami isteri tidak pernah bergaduh atau merajuk dengan satu sama lain disebabkan hal-hal yang tertentu.

Cara Memujuk Isteri Merajuk dan Marah Dengan Anda

Kaum wanita memang kadang-kadang agak sensitif dan susah untuk dipujuk apabila merajuk. Jika dibiarkan, mereka mungkin akan merasakan anda sudah tidak mengambil berat tentang perasaan mereka dan mungkin boleh menjejaskan hubungan harmoni dalam rumah tangga anda. Cara pujuk isteri mungkin tidak sama dengan cara pujuk kekasih, oleh itu jom tengok 6 cara memujuk isteri merajuk dan marah dengan anda di bawah ini:

1)  Beri peluang kepada isteri untuk meluahkan apa yang mereka rasakan dan apa yang menyebabkan mereka merajuk dan tidak puas hati. Jika dia marahkan anda, jangan terus marah balik, sebaliknya dengar apa yang dia mahu cakap sehingga habis sebelum anda menyuarakan buah fikiran anda.

2) Berterus-terang dengan isteri anda apa yang menyebabkan anda mengambil sesuatu keputusan atau perbuatan yang menyebabkannya tidak puas hati. Cuba sedaya-upaya untuk menyakinkan dia bahawa apa yang dilakukan anda adalah yang terbaik mengikut situasi semasa.Jika isteri anda merajuk disebabkan oleh kesalahan anda sendiri. Berjanjilah dengannya supaya anda tidak akan mengulang lagi kesilapan yang anda lakukan dimasa akan datang.

3) Jika isteri anda merajuk dengan perangai dan tabiat buruk anda yang semakin menjadi-jadi, berjanjilah padanya bahawa anda akan cuba berubah dan tunjukkanlah bahawa anda memang betul-betul serius mahu berubah bukan sekadar ucapan sahaja. Mungkin anda tidak akan dapat berubah dengan serta-merta, tetapi cuba berubah sedikit demi sedikit demi isteri dan keluarga anda.

4) Sentiasa cuba untuk melibatkan isteri anda dalam setiap keputusan penting yang ingin dibuat. Berkemungkinan dia ada pendapat tersendiri dan mungkin lebih bagus daripada pendapat anda. Dengan berbuat demikian, isteri anda juga pasti akan bertanyakan pendapat anda dalam keputusan yang mahu dilakukannya supaya anda berdua tidak rasa disisihkan olah satu sama lain.

5)  Jika isteri anda masih lagi merajuk dengan anda walaupun anda sudah cuba pujuk dan terus-terang kepadanya, jangan berhenti disitu sahaja. Ingat kembali ketika anda cuba mendapatkan cintanya dahulu, anda sanggup melakukan apa saja untuk dia. Oleh itu, teruskanlah memujuk isteri anda sampai dia tidak merajuk lagi dan mulai senyum kepada anda.

Cara Memujuk Isteri Merajuk dan Marah Dengan Anda, Si Suami

6)  Selain itu, anda juga boleh cuba cara memujuk isteri anda dengan mewujudkan kembali saat-saat romantik dan manis diantara anda berdua dengan membawanya keluar ke tempat kegemarannya ataupun pergi menonton wayang, pergi makan di tempat favouritenya dan sebagainya. Jika dulu anda sering membuat surprise dan bersikap sweet dan romantik, jangan sesekali hilangkan sikap romantik dan sweet anda selepas berkahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *