Cara Mengenali Personaliti Melalui Bentuk Tulisan Tangan

Apa rahsia personaliti melalui bentuk tulisan tangan seseorang?Anda pasti sedia maklum bahawa setiap tingkah-laku dan perbuatan kita sedikit sebanyak akan menunjukkan personaliti kita tanpa kita sedari. Tidak kisahlah sama ada personaliti melalui cara berjalan ataupun personaliti mengikut gaya tidur yang pernah kita bincangkan sebelum ini.

Tapi, tahukah anda bahawa cara mengenali personaliti melalui tulisan tangannya (handwritting) ?

BENTUK TULISAN:

  1. Tulisan berbentuk bulat-bulat
    Semua huruf ditulis dengan bentuk yang bulat.
    (Emosional, prihatin, pengasih penyayang, peka dan banyak memakai otak di sebelah kanan iaitu otak kreatif)
  2. Tulisan yang tajam atau leper
    Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
    (Berfikiran Rasional, berkerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri iaitu otak logikal)Rahsia Cara Mengenali Personaliti Melalui Bentuk Tulisan Tangan Seseorang

TEKANAN:

  1. Tekanan yang kuat
    Individu yang menulis dengan menekan pen/pensel kuat sehingga meninggalkan bekas di pada kertas
    (Sihat, aktif, cergas, pantas dan sedikit agresif)
  2. Tekanan yang ringan
    Individu yang menulis dengan lembut dan tidak meninggalkan bekas tulisan
    (kurang sihat dan mudah sakit, kelihatan lesu)

KECONDONGAN TULISAN:

  1. Condong ke kanan
    Extrovert: peramah, suka bergaul, suka bercerita, berkongsi maklumat ddengan orang lain, mudah memimpin, berani, pemurah, mudah menunjukkan kasih sayang
  2. Condong ke kiri
    Introvert: agak pemalu dan suka menyimpan rahsia, tidak suka berubah, sangat setia kepada kekasih atau pasangan, keluarga, organisasi dan negara tetapi kurang suka bercampur dengan orang lain
  3. Tegak
    Systematik, mudah control diri, suka berkawan tetapi tidak mencari kawan sebaliknya kawan cari dia, tidak suka bergaduh, suka ambil jalan
    tengah
  4. Campur-campur
    Emosi tidak menentu tidak ubah seperti remaja bawah umur ataupun macam orang perempuan datang bulan (maaf)

RUANG ANTARA TULISAN (KERAPATAN):

  1. Jarang-jarang
    Tak suka bercampur gaul dengan orang, sedikit kurang mesra dan sedikit boros.
  2. Rapat-rapat
    Suka bercampur dan bergaul dengan orang, terlalu bergantung kepada orang lain, terlalu berjimat sehingga di tahap ‘kedekut’

TULISAN PADA PALANG HURUF KECIL T (t): 

  1. Tinggi
    Dikatakan Mempunyai level aspirasi yang tinggi
  2. Rendah
    Mudah berpuas hati dan mempunyai cita-cita yang rendah
  3. Tengah-tengah
    Usaha dan tahap pencapaian itu adalah di tahap sederhana

TULISAN PADA HURUF Y,Z,J DAN G: 

  1. Mempunyai ekor
    Besar, panjang dan sempurna
    Tahap emosi yang ditunjukkan itu jelas, pengasih dan juga penyayang, pemurah, mudah bersimpati, menunjukkan tahap kerajinannya
  2. Kecil, pendek dan tak sempurna
    Tidak pandai menunjukkan emosi diri, tidak berapa rajin, tidak pandai menunjukkan kasih sayang walaupun sebenarnya dia sayang

Cuba anda bandingkan dengan tulisan anda atau rakan anda dan bandingkan dengan cara mengenali personaliti  melalui bentuk tulisan tangannya ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *