Cara Menghilangkan Bintik Hitam Guna Berus Gigi Sahaja

Kami yakin pasti ramai yang mengalami masalah mengetahui cara menghilangkan bintik hitam di wajah dengan berkesan dan tidak perlukan perbelanjaan yang tinggi bukan? Dulu kami pernah kongsikan petua hilangkan bintik hitam tetapi kali ini kami ingin berkongsi satu cara yang agak unik bagi tujuan yang sama.

Cara Menghilangkan Bintik Hitam Guna Berus Gigi SahajaBahan-bahan yang diperlukan:

  1. 1 sudu teh ubat gigi
  2. 1 sudu teh serbuk penaik
  3. Air suam secukupnya
  4. Tuala (Towel)

Langkah-langkah cara menghilangkan bintik hitam (blackhead) dengan berus gigi:

  1. Cuci wajah anda terlebih dahulu sehingga bersih
  2. Anda ambil tuala dan celup ke dalam air suam , kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori
  3. Sediakan satu bekas dan campur ubat gigi, serbuk penaik dan air kedalam bekas tersebut. Kemudian, kacau hingga rata.
  4. Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.
  5. Selepas gosok, korang biarkan 1-2 minit sebelum cuci muka anda dengan air suam.
  6. Sekian, itu sahaja.

Bagi anda yang mempunyai bintik hitam (blackhead) di wajah yang susah untuk dihilangkan, anda boleh cuba cara unik ini. Anda juga boleh cuba petua hilangkan bintik hitam yang pernah kami kongsikan dahulu. Selamat mencuba dan semoga berjaya buat anda semua!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com