Cara Meningkatkan Like Fanpage Facebook Dengan Mudah

Adakah anda tahu tips rahsia cara meningkatkan like fanpage facebook anda? Facebook Fanpage menjadi satu medium yang sangat popular untuk mengetahui berita-berita semasa, mengetahui perkembangan artis atau individu popular dan tidak ketinggalan juga medium untuk pemasaran secara online.

Membuat Fanpage sangat mudah dan kita boleh membuat banyak-banyak fanpage dengan akaun facebook kita dan yang penting percuma sahaja. Namun, walaupun membuat fanpage sangat senang, saya pasti ramai yang tidak tahu teknik yang berkesan untuk cara meningkatkan like fanpage dengan cepat dan banyak. Yang lebih penting lagi ialah bagaimana cara untuk mendapatkan liker yang berkualiti iaitu yang berminat dengan info-info di page anda dan bukannya sekadar suka-suka like sahaja.

Tips Cara meningkatkan Like Fanpage Facebook dengan mudah:

FB Ads
Cara naikan like fanpage paling berkesan untuk mendapatkan liker jenis targetted.
Perlu keluarkan kos perbelanjaan dan pandai buat setting Ads serta tahu teknik minimumkan kos pengiklanan iaitu kos yang lebih murah daripada kos yang direkomen facebook. Cara paling berkesan untuk naikan like fanpage tetapi juga cara paling mahal jika anda tidak pandai buat setting FB Ads.

Tagpost
Cara oldskool untuk menaikan like fanpage sejak dari dulu lagi. Cara ini kita perlu promote di page-page besar dan update status dengan tagkan fanpage kita. Anda mungkin perlu keluarkan belanja untuk sewa fanpage orang lain untuk post status-status anda. Cara ini sudah tidak begitu berkesan untuk naikan like fanpage berbanding dengan dulu sebab like kadar kenaikan like agak kurang disebabkan reach algoritma fanpage dan reach fanpage banyak yang sudah kurang kecuali beberapa page-page yang memang aktif disebabkan liker yang berkualiti. Pada masa sekarang, Tagpost ini adalah sesuai untuk iklankan produk anda secara percuma tapi kurang berkesan untuk naikan liker page anda.

Share Page
Cara Share Page ialah dengan sharekan link fanpage anda di fanpage lain. Tricknya lebih kurang sama dengan tagpost, tetapi lebih berkesan disebabkan button like akan muncul di wall liker page yang anda gunakan untuk sharekan link page anda. Kalau cara tagpost,orang kena pergi ke fanpage anda dan klik button like, manakala cara sharepage pula, mereka cuma perlu klik button like di wall mereka sahaja. Oleh otu, potensi untuk mendapatkan like yang banyak adalah lebih berkesan berbanding cara tagpost.

Jika anda menggunakan facebook atau fanpage untuk menjual produk anda, jumlah liker bukanlah faktor yang penting untuk menghasilkan jualan. Apa yang penting ialah targetted user, strategi pemasaran dan teknik-teknik marketing yang anda gunakan seperti cara promote fanpage dan juga setting FB Ads.

Bagi anda yang berminat untuk belajar dan mengetahui rahsia jualan di facebook, satu PAKEJ FB CASH kini boleh dimiliki oleh anda khasnya mereka yang menggunakan facebook sebagai medium menghasilkan jualan.

Banyak benda yang boleh anda pelajari seperti formula naikan like fanpage, strategi update posting, cara buat fanpage dan timeline cover percuma, bagaimana menghasilkan jualan di facebook, cara menggunakan FB Ads dengan kos minimum, cara setting targetted user, cara meningkatkan jualan di facebook dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan panduan yang dikenali sebagai FB Cash ini dengan harga promosi sekarang ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *