Cara Menjual Handphone Terpakai (Second Hand) Anda

Tahukah anda cara menjual handphone terpakai (second hand) anda? Anda mencari tempat jual handphone terpakai (second hand) anda sekarang? Atau anda merancang untuk membeli smartphone baru tetapi tidak bercadang untuk mempunyai dua handphone pada masa yang sama dan anda ingin menjual handphone terpakai anda untuk mendapatkan sedikit dana untuk membeli Smartphone yang baru? Jika ya, adakah anda tahu bagaimana cara atau tempat untuk jual smartphone second hand atau terpakai anda sekarang ini?

Terdapat beberapa cara menjual handphone terpakai (second hand) pada masa sekarang ini dan mendapatkan sedikit modal untuk membeli handphone yang baru. Di bawah adalah Beberapa cara untuk menjual smartphone terpakai (second hand) anda yang boleh dijadikan panduan:Tempat dan Cara Menjual Handphone Terpakai (Second Hand) AndaJual Smartphone Dengan Kawan Atau Kenalan
Cara paling senang tetapi juga paling susah sebab anda jika ada sebarang masalah pada handphone itu nanti, anda mungkin akan kena marah sebab jual handphone bermasalah pada mereka walaupun selama ini handphone itu elok saja anda pakai. Cara ini juga susah sebab mungkin tidak ramai kawan yang berminat membeli handphone terpakai serta mereka pasti akan minta harga paling murah daripada anda.

Jual Handphone Dengan Orang Lain
Pilihan yang paling bagus adalah menjual Smartphone kepada orang lain kerana dengan cara ini, biasanya kita akan boleh mendapat harga paling tinggi berbanding jual dengan kawan kita atau di kedai. Masalahnya adalah untuk mencari orang yang mahu beli handphone anda pasti perlukan masa sebelum anda dapat mencari buyer yang berminat.

Jual Handphone Terpakai Di Kedai
Tempat jual handphone terpakai (second hand) anda dengan paling cepat. Tetapi, masalahnya kalau kita jual handphone di kedai, harga yang mereka mahu ambil memang sangat murah sebab mereka perlu mendapatkan keuntungan dengan menjual balik handphone tersebut atau spare part. Masalah satu lagi ialah pada masa sekarang, disebabkan lambakan smartphone baru di pasaran, tidak banyak kedai yang mahu membeli smartphone terpakai dan jika ada pun cuma model-model yang tertentu sahaja. Anda mungkin mempunyai nasib yang lebih baik di Kedai Servis Handphone yang menyediakan servis repair handphone/smartphone berbanding kedai handphone biasa.

Jual Handphone Online 
Jual handphone online ini lebih kurang sama dengan jual handphone dengan orang lain. Cara ini juga sangat popular dan agak mudah dilakukan dengan cuma membuat iklan online di social media seperti facebook, instagram serta tak lupa juga website popular seperti lelong.com.my dan mudah.my.

Trade-in Smartphone
Anda juga boleh trade-in smartphone anda di kedai handphone dan membeli smartphone baru di kedai yang sama. Terdapat kedai yang tidak mahu membeli handphone terpakai tetapi mereka terima kalau anda trade-in handphone anda. Trade-in maksudnya anda beli smartphone baru dan smartphone terpakai anda diberikan kepada seller dengan harga trade ini ditolak dari harga smartphone baru anda. Anda juga boleh trade ini Smartphone anda dengan program trade ini Celcom, Maxis, Umobile yang dibuka sekarang ini. Sebelum membeli handphone baru, sila ambil tahu tentang tips pemilihan smartphone untuk anda membuat pilihan yang tepat.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com