Bagaimana cara renew lesen memandu tamat tempoh dengan mudah dan cepat di Malaysia? Dimana tempat untuk renew lesen memandu dengan cepat dan senang? Sekarang ini sudah hampir hujung tahun, mesti majoriti besar sudah menggunakan lesen memandu versi baru itu bukan, melainkan anda renew untuk jangka masa yang lama tahun-tahun yang lepas, mungkin masih belum expired lagi.
Tak tahu apa lesen memandu versi baru?
Alaa, Lesen baru yang tarikh tamat tempohnya mengikut tarikh lahir kita tu dan bukan dikira mengikut tarikh kita renew lagi. Cara ini memang lebih senang kita hendak ingat tarikh expired driving lesen kita kan? Ingat tarikh lahir, masa itu juga lesen memandu akan tamat tempoh.
Berapa bayaran renew lesen memandu baru?
Caj untuk memperbaharui lesen memandu cuma RM30 sahaja untuk tempoh setahun. Kalau anda malas hendak renew tiap-tiap tahun, anda boleh pilih untuk renew sehingga maksimum 5 tahun. Bayarannya tetap sama, contohnya setahun RM30, jadi kalau 2 tahun = RM60, 3 tahun = RM90, 4 tahun = RM120 dan 5 tahun = RM150.
Di mana tempat renew lesen memandu tamat tempoh?
Ada banyak pilihan tempat atau cara renew lesen memandu tamat tempoh, salah satunya anda boleh direct pergi ke JPJ yang berdekatan, cawangan UTC atau di pejabat pos pun boleh.
Anda juga boleh ikut cara renew lesen memandu online menggunakan servis myeg.com.my, anda cuma perlu isi butiran yang diperlukan dan tunggu sahaja lesen anda sampai di rumah. Kalau anda mahu renew lesen memandu pada hari Sabtu, Ahad, anda boleh pergi ke UTC (Urban Transformation Center) atau pejabat pos (Sabtu sahaja).
Apa benda wajib bawa untuk renew lesen memandu tamat tempoh?
Bawa kad pengenalan dan lesen memandu sekarang dan tak perlu bawa gambar.
Jangan lupa bawa duit yang mencukupi untuk bayaran lesen memandu anda yang baru.
terima kasih untuk maklumat ini 🙂
welcome 🙂
Renew online pun boleh ye
boleh je
kalau lesen dah expired dua bulan ,boleh kah bayar kat pejabat pos?
boleh, tak ada problem kalau nak renew di pejabat pos cuma mungkin tak dapat renew untuk setahun sahaja …perlu renew untuk dua tahun ke atas kalau tak silap.
gambar dia ambil on the spot ke macam mana?
tak perlu ambil gambar sebab dia akan guna gambar yang sama dengan gambar IC kita (memang sedia ada dalam sistem).
Kalau saya ada Lesen memandu kenderaan barang-barang Malaysia, tapi tempoh masa sudah habis salama 3 tahun ke atas. Nak pergi buat periksa lagi tak ? Atau terus pergi POS office renew sahaja…?
lebih daripada 3 tahun tak renew kena memohon semula di JPJ
27.7.2015 ni genap 3 tahun lesen saya tmt tempoh..kalau renew hari ni, 24.7.2015..boleh lagi ke?
Mungkin boleh, tapi kalau ikut peraturan JPJ, selepas tiga tahun kena memohon semula.
Saya punya lesen b2 sudah tamat tempoh hampir 10 bulan. Masih boleh renew balik ke?
Lesen sy dah nk hampir 3tahun tamat tempoh,ada caj lain x kalo sy renew???
Blh tanya sikit,nk renew lesen,mesti personal pegi renew ke.contoh,org lain tlg sy ambil lesen sy pegi jpj renew ,blh ke?
Sy dh lewat 2 hari. Agak2 kena byr utk 2 thn jgk ke? Expired 11.12.2015
Kalo buat utk diri kita sendiri, x perlu bawak gmbar lg, just bawak mykad n lesen yg expired tu je.. tp kalo buatkn utk org lain, kena bawak gmbar (background putih) atau mykad die.. JPJ bukan guna gmbar yg dlm sistem tau sbb gmbar kita xde dlm sistem, tp die akan SCAN gmbar yg kita bawak tu/gmbar mykad kita.. janji background PUTIH..
Klo lesen memandu sy ilang n dah tamat tempoh..sudah hmpir 2 tahun…blh renew blk x?
lesen saya da tamat tempoh luput da setahun lebih masih boleh tak saya nk renew semula
Kalau Nk renew cdl kena tggu tamat tempoh dulu ke?
Saya ada lesen b2.d yg dah confirm. Bukan lagi L atau P . Tapi tamat tempoh lebih 2 tahun. Adakah sebarang masalah untuk saya memperbaharui lesen saya.
Lesen saya dah tamat tarikh dekat 5 bulan..kalau nak renew ade caj tambahan tak? Kalau ade agak2 berapa ya?
Lesen motorcycle Saya L dah tamat tahun 2008.dan.umor
Saya dah sampai 55thun Ensetif apakah Saya harap.
Umor 55thun Ensetif apakah
Khas dapat keluar Lesen motorcycle