Cara Renew Road Tax Kenderaan Dengan Mudah

Bagaimana Cara Renew Road Tax Kenderaan Dengan Mudah apabila roadtax kereta atau motosikal anda expired? Dalam post dulu, admin ada berkongsi tentang cara renew lesen memandu dan kali ini admin ingin berkongsi sedikit mengenai cara renew road tax dan insurans motosikal atau kereta dengan mudah sahaja.

Pertama sekali yang kita kena tengok ialah tarikh luput roadtax korang sama ada sudah lepas atau tidak. Kita boleh renew roadtax dalam masa 60 hari sebelum tamat tempoh road tax itu mati. Kalau tempoh roadtax sudah tamat atau lepas, anda boleh renew di JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).

Sekiranya anda tidak pernah renew road tax kenderaan selama ini dan memang kurang pengetahuan, cara renew road tax motosikal atau kereta dengan mudah ialah melalui pejabat pos. Apa yang anda perlu bawa ialah green card atau geran cukai jalan kenderaan yang ingin diperbaharui itu. Jangan lupa untuk print atau bawa salinan insuran kenderaan sekali sekiranya ingin renew insurans untuk kenderaan itu sekali.

Cara Renew Road Tax Kenderaan dan Insurans Dengan Mudah

Seperti biasa apabila pergi ke pejabat pos, ambil nombor giliran dulu dan tunggu sehingga giliran anda sampai. Selepas itu, anda beritahu di kaunter bahawa anda ingin renew roadtax dan insurans kenderaan. Anda boleh pilih sama ada ingin renew 6 bulan atau setahun sahaja sebab memang tidak boleh lebih dari setahun. Admin pun sebenarnya kurang bersetuju dengan tempoh maksimum setahun ini tapi apa boleh buat, kalau boleh lagi lama lagi bagus.

Sebaiknya anda buat semakan saman polis trafik dulu sama ada kenderaan anda itu ada dikenakan saman atau tidak sebab kalau ada saman memang tidak boleh diperbaharui dan buang masa anda sahaja pergi pejabat pos. Kalau ada saman, cepat-cepat pergi ke JPJ. Pastikan juga kalau tarikh luput roadtax dan insurans tidak sama, pastikan insurans kenderaan anda masih aktif ketika renew roadtax sebab nanti tidak boleh diperbaharui sekiranya insurans sudah expired.

Selain daripada pergi ke pejabat pos, juga banyak cara lain untuk renew roadtax kenderaan atau insurans kenderaan seperti menggunakan agen insurans. Walaubagaimanapun, cara renew road tax kenderaan dan insurans paling murah ialah menggunakan third party tapi tidak berapa digalakan jika anda sayang dengan kenderaan anda terutama kalau kenderaan anda masih baru. Ini kerana jika berlaku kes seperti kerosakan akibat kemalangan, kecurian kereta atau motosikal, anda tidak akan dapat menggunakan insuran anda untuk mendapatkan ganti rugi. Satu lagi, jika anda mahu lebih mudah lagi, anda boleh guna MyEG untuk renew secara online.

4 Replies to “Cara Renew Road Tax Kenderaan Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *